Sinopsis Drama Terlerai Noktah Di TV3

Sinopsis Drama Terlerai Noktah Di TV3  | Drama dengan genre Keluarga, psyco thriller lakonan Nabila Huda  telah memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 26 Ogos 2021 lalu menggantikan drama Sitik Tok.  Juga boleh melanggannya di Disney+ Hotstar.


Drama ini turut dibintangi oleh Azhan Rani, Aidil Aziz, Raysha Rizrose, Atikah Suhaime dan ramai lagi. 




JUDUL : TERLERAI NOKTAH | EPISOD : 9

TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3


BARISAN PELAKON / WATAK

Nabila Huda sebagai Zaira

Ainul Aishah sebagai Hani

Raysha Rizrose sebagai Jasmine

Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi

Azhan Rani sebagai Tuan Ismail

Watie Sadali sebagai Laila

Hariz Hamdan sebagai Fariz

Atikah Suhaime sebagai Rania

Harris Annuar sebagai Zarul

Mia Deen sebagai Hani (10 Tahun)

Duerra Mitilda sebagai Zaira (12 Tahun)

Shahfi Rafiq sebagai Rudi (12 Tahun)

Ieka Zulkifli sebagai Ramlah

Elmy Moin sebagai Razak


LAGU TEMA (OST)

Bebas - Shazriq Azeman feat LeMahar, Afaro, Aizi

Komposer :  Shariq Azeman, Aizi, Afaro

Lirik : Shariq Azeman & LeMahar 


Sinopsis Drama Terlerai Noktah 

Zaira dan Dr Rudi merupakan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak. Zaira mempunyai satu sejarah silam bersama adik perempuannya yang telah hilang selama 20 tahun. Suatu hari, hospital psikiatri yang dimiliki oleh Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani yang ditemui oleh pihak polis bersama mayat suami Hani yang mati dan bayinya yang kelaparan. Dr Rudi terkejut selepas mendapati pesakit yang bernama Hani itu adalah adik kandung Zaira yang telah lama hilang.


Sementara itu Rania, ketua jururawat yang bekerja di hospital milik Dr Rudi sering cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu namun tidak diendahkan oleh Dr Rudi. Rania mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Dr Kamil malah Dr Kamil telah menghilangkan diri membawa anak mereka lari dari Rania.


Kehadiran Jasmine, seorang jururawat baharu yang ditukarkan ke hospital psikiatri menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil, suami Rania sendiri. Jasmine yang ditugaskan untuk menjaga Hani mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani. Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu, dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.



Catat Ulasan

0 Ulasan