Peraduan Pencarian Raja & Ratu Sambal Tumis MAGGI

Peraduan Pencarian Raja & Ratu Sambal Tumis MAGGI | Teringin nak bergelar Raja atau Ratu Sambal Tumis Maggi? Sertai sekarang untuk peluang menyerlahkan bakat anda di TV nasional dan menangi wang tunai




Cara-Cara Penyertaan

LANGKAH 1: MASAK hidangan samnbal unik dengan Pes Sambal Tumis MAGGI® secara berpasangan atau berseorangan.

LANGKAH 2: KONGSI video atau gambar proses masakan dengan resipi di kapsyen. Hashtag #RajaRatuSambalTumis #MAGGISambalTumis #GerentiMenjadi & tag @maggi.malaysia.

Promosi bermula jam 00:00:00 pada 31/08/2021 dan ditutup jam 23:59:59

malam pada 11/10/2021


Kelayakan

Promosi ini terbuka kepada semua individu penduduk Malaysia yang sah berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi, dan dengan dokumen pengenalan yang sah dan tempat tinggal yang beralamat di Malaysia. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan.


Kaedah Penyertaan

a. Peserta, baik sebagai individu ["Seorang"] atau sepasukan dua orang ["Pasangan"] boleh menghantar penyertaan mereka melalui Instagram atau Facebook sahaja ["Penyertaan"].

b. Untuk menghantar Penyertaan mereka, peserta diperlukan untuk 

Langkah 1: Cipta resipi ["Resepi"] dan masak hidangan ["Hidangan"]  yang menggabungkan penggunaan mana-mana produk MAGGI PES  SAMBAL TUMIS.

Langkah 2: Ambil gambar atau video Hidangan yang dibuat bersama- sama paparan pek produk MAGGI PES SAMBAL TUMIS yang jelas dan  digunakan untuk menyediakan Hidangan. Peserta mesti dipaparkan  dalam gambar dan/atau video yang diambil.

Langkah 3: Muat naik gambar dan/atau video yang diambil termasuk  Resepi dalam kapsyen ke akaun Facebook atau Instagram mereka.

Langkah 4: Sertakan tanda pagar #RajaRatuSambalTumis, #MaggiSambalTumis dan #GerentiMenjadi.

Langkah 5: Pastikan tag @MAGGI.MALAYSIA.

c. Tetapkan akaun Instagram atau Facebook ke tetapan mod ‘UMUM’ dari saat Penyertaan dimuat naik/dipos sehingga selepas pemenang Promosi telah diumumkan

d. Semua Penyertaan yang dimuat naik oleh Peserta mesti melalui akaun Facebook atau Instagram peribadi peserta. Penghantaran Penyertaan melalui akaun Facebook atau Instagram yang bukan peribadi sendiri tidak dibenarkan sama sekali dan akan ditolak oleh Penganjur.

e. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu [1] Penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan.

f. Penganjur berhak untuk membatalkan Penyertaan secara automatik yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Terma & Syarat.

g. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk mengeluarkan, memadam dan membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak wajar/tidak sesuai yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada penyertaan yang mengandungi sebarang bentuk kata-kata tidak senonoh atau kandungan yang menimbulkan sensitiviti, atau mengandungi produk yang tidak dihasilkan atau diedarkan oleh Penganjur.

h. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan dan menerbitkan kandungan yang dihantar oleh Peserta untuk tujuan penerbitan, tanpa notis lebih lanjut kepada Peserta.


Tarikh Tutup

Penyertaan:

Semua Penyertaan mesti dimuat naik ke Facebook atau Instagram peribadi mereka pada atau sebelum 23:59:59, 11/10/2021.

b. Semua Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik


Hadiah

a. Hadiah untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi adalah seperti berikut:

i. Dua [2] Hadiah Utama berupa wang tunai RM5000 dan penampilan masing-masing di TV nasional.

ii. Satu [1] Hadiah Kedua dalam bentuk wang tunai RM3000.

iii. Satu [1] Hadiah Ketiga berupa wang tunai RM1000.

iv. Enam [6] Hadiah Sagu Hati berupa wang tunai RM200 setiap satu


Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan yang boleh didapati di: https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/pes-sambal-tumis-maggi/, secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”).

Catat Ulasan

0 Ulasan