Drama PA Lelaki Kerek Di TV Okey

Drama adaptasi novel 'P.A Lelaki Kerek' karya Rose Eliza akan ditayangkan di TV Okey. Drama arahan Haris Kadir, dibintangi oleh Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir dan ramai lagi. 



Judul : P.A Lelaki Kerek | Episod : 26

Tarikh tayangan : -  | Waktu Siaran :  -

Penulis Skrip : Mazelan Manan & Siti Hawa Ibrahim

Pengarah : Haris Kadir | Produksi : Pro Pictures Sdn Bhd

Pelakon : Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairil Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry


Barisan Pelakon / Watak

Johan As'ari sebagai Tengku Irfan

Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin

Syafie Naswip sebagai Naufal

Wan Sharmila sebagai Melisa

Afifah Nasir sebagai Imelda

Adi Putra sebagai Irshad

Khairil Anwar Aman sebagai Tengku Iqbal


Sinopsis PA Lelaki Kerek

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.


Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.


Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Catat Ulasan

0 Ulasan