Breaking News

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 Mulai 28 September

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 Mulai 28 September | Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan BPR Fasa 3  akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.


Makluman untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembayaran BPR Fasa 3 bermula 28 September 2021 termasuk BPR Rayuan


Rujuk kenyataan rasmi Menteri Kewangan di bawah:





Semakan Status BPR Fasa 3

Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia telah dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021


https://bpr.hasil.gov.my/


Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

Hadir ke LHDNM yang berhampiran 

No comments