Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia Akibat Covid-19 | Innalillahiwainnaillahirojun.  Siti Sarah Raisuddin, 37, meninggal dunia di unit penjagaan rapi (ICU) Chancellor Tuanku Muhriz Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia, jam 5.13 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos 2021, berikutan tahap oksigen yang membimbangkan dan dia sendiri sedang hamil 7 bulan.

Mereka sekeluarga disahkan positif pada 26 Julai 2021 setelah membuat ujian saringan selepas salah seorang pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah 

credit IG : Shuib Sepahtu

Siti Sarah Raisuddin, nama besar yang cukup dikenali sebagai penyanyi yang punya vokal yang sangat baik dan hebat, merupakan anak kepada penyanyi veteran Raisuddin Hamzah.  Beliau dilahirkan pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak.


credit IG : Shuib Sepahtu

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

credit IG : Shuib Sepahtu

Siti Sarah juga adalah isteri usahawan yang juga pelawak tanah air Shuib Sepahtu (nama sebenarnya Shahmira) dan telah berkahwin sejak 2011.  Mereka dikurniakan 4 cahaya mata iaitu  Uwais Alqarni (10), Dzahira Talita Zahra binti Shahmira (8), Ariq Matin Shahmira (6) dan Ayash Affan yang dilahirkan melalui pembedahan setelah Siti Sarah yang positif Covid 19.

Antara album Siti Sarah adalah Tiada Dikau Tiada Makna, Mimpi Pun Sama.


gambar credit : IG Shuib Sepahtu

Catat Ulasan

0 Ulasan