Penggali Kubur Tokoh Frontliner Maal Hijrah 2021

Penggali Kubur Tokoh Frontliner Maal Hijrah 2021 | Penggali Kubur, Roslee Ali, 63, dinobat Anugerah Tokoh ‘Frontliner’,  pada sambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H.

Roslee berkhidmat sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh sejak tahun 2011.


“Dia (Roslee) terlibat di dalam urusan pengebumian jenazah C0vid- 19 sejak pandemik mula melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari,” 


Sementara itu bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.


Setiausaha Agung Rabitah Al-'Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah, yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Panel pemilihan juga memilih Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari sebagai seorang lagi penerima Anugerah Tokoh Frontliner.

Jawi berkata, penerima Anugerah Tokoh Korporat diberikan kepada Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Datuk Ramly Mokni, manakala Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif pula diberikan kepada Pengacara dan Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya.

Selain itu, penerima Anugerah Tokoh Mualaf diberikan kepada Nur Maisarah Leong Yoke Keen iaitu Pembantu Mubaligh di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, katanya, penerima bagi Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1443H dianugerahkan kepada Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat (B) iaitu Bekas Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Sumber: Harian Metro 

Sumber  Utusan

Catat Ulasan

0 Ulasan