Breaking News

Teks Khutbah Solat Sunat Aidil Adha 2021Di Rumah

Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini masih dalam kita semua berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan pelaksanaan sambutan Hari Raya Aidiladha adalah terhad dan bermakna sebahagian kita terpaksa melakukan solat sunat Aidiladha dan khutbah di rumah memandangkan kes harian yang masih tinggi.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena Hari Raya Aidiladha kali ini bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2.

Takbir raya di masjid dan surau dibenarkan namun, takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan. Di surau atau masjid, hanya terhad kepada sehingga 50 orang berikutan perlaksanaan PPN tahun 2021 ini.


Rukun Khutbah Hari Raya

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  • Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  • Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  • Memberi pesanan dengan takwa
  • Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  • Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.
  • Sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama. Dan tujuh (7) kali berturut-turut pada khutbah kedua.


Syarat Khutabah Hari Raya

  • Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
  • Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
  • Khatib mestilah seorang lelaki.
  • Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
  • Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
  • Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
  • Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.


Panduan Membaca Khutbah Hari Raya Di Rumah

Setelah solat hari raya selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.

Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.

Teks khutbah aidilfitri di rumah boleh didapatkan melalui teks yang disediakan oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri menerusi laman web mereka.

Manakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, maka tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.

Sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja. 

Berikut dikongsikan teks bacaan khutbah Hari Raya Aidiladha yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dimuatnaik di laman web e-Khutbah (JAKIM) untuk rujukan mereka yang mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha di rumah pada 10 Zulhijjah, bersamaan 20 Julai 2021 ini.

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa.

Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.


Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih

Berikut adalah lafaz niat solat sunat Aidiladha dan tasbih beserta makna.

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)


اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


Lafaz tasbih


سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.


Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha


◎ Rakaat Pertama

  • Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
  • Membaca doa iftitah.
  • Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
  • Membaca surah Al-Fatihah.
  • Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

◎ Rakaat kedua

  • Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
  • Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
  • Membaca surah Al-Fatihah.
  • Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  • Memberi salam.

Panduan Teks Khutbah Aidiladha 2021

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.


Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.


Berikut adalah teks khutbah Aidiladha JAKIM bagi tahun 2021.









Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan pada Sabtu menyatakan bahawa solat sunat Aidiladha dan khutbah hari raya serta ibadah korban bagi tahun ini turut dibenarkan dengan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.


Bagaimanapun takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan hari raya adalah TIDAK DIBENARKAN.

No comments