Mutiara Kata Hamka Tentang Persahabatan

Mutiara Kata Hamka Tentang Persahabatan | Hamka, seorang penulis yang aktif menulis dalam pelbagai lapangan  terutamanya dalam bidang sejarah, dakwah, kemasyarakatan dan lain-lain. Mutiara kata HAMKA mampu menjentik hati orang yang membaca dan menghayatinya kerana dia menulis sesuatu dengan penuh jiwa dan perasaan. 

Mutiara Kata Hamka Tentang Persahabatan


Maka tidak hairanlah mutiara kata HAMKA banyak yang menyentuh hati kita terutamanya kata-kata hikmah beliau tentang kehidupan yang penuh dengan nasihat dan didikan yang penuh inspirasi. 


“Orang perempuan tidaklah tahu benar bagaimana besar harga persahabatan di antara dua laki-laki. Dia tidak faham harga persahabatan di antara dua laki-laki berlainan dengan harga percintaan di antara seorang laki-laki dengan seorang perempuan. Dia tidak kenal bahawa harga persahabatan itu lebih mahal dari harga percintaan. Sebab itu, sahabat suaminya kerapkali dipandangnya musuhnya, dia benci dan takut. Takut akan dicurinya sebahagian daripada cinta suaminya kepadanya.” HAMKA (Falsafah Hidup)


“Syarat untuk mengekalkan persahabatan telah disusun oleh para budiman. Setengah berkata, supaya persahabatan kekal dan lama usianya, sampai tulang hancur dikandung tanah, hendaklah diketahui, bahawa kita bersahabat dengan manusia, bukan dengan malaikat. Tentu kesalahan akan ada pada sahabat itu. Kalau hendak mencari sahabat yang tidak ada salahnya, alamatnya kita tidak akan mendapat sahabat.” – HAMKA (Falsafah Hidup)


“Persahabatan manusia yang didapati sesudah menempuh sengsara adalah persahabatan yang lebih kekal daripada yang didapati waktu gembira” – HAMKA


“Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.” – HAMKA


“Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu telah lepas dari zaman bercinta.” – HAMKA


“Tidak ada karib atau kerabat yang lebih setia daripada seorang teman yang menyokong dan membantu membesarkan hati memberanikan kita di dalam menempuh suatu perbuatan baik” – HAMKA (Falsafah Hidup)


“Orang yang berakal tidak mahu berkawan dengan orang yang rendah budi. Sebab orang yang rendah budi samalah dengan ular, badannya lunak tetapi membelit, lidahnya halus tetapi bercabang dua, kepalanya tidak runcing tetapi penuh boleh, dia masuk ke dalam rumah diam-diam, kerana hendak menggigit kita.” – HAMKA


Catat Ulasan

0 Ulasan