Tebus RM150 E Wallet Untuk eBelia Malaysia Mulai 1 Jun 2021

Tebus RM150 E Wallet Untuk eBelia Malaysia Mulai 1 Jun 2021 | Sekiranya anda adalah golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).


Bantuan terbaharu iaitu PEMERKASA yang mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.


Antara yang diperuntukkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.


Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eBelia Wallet di bawah Program PEMERKASA


Apakah eBelia PEMERKASA?

Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.



Menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.


Melalui program ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.


Syarat Kelayakan eBelia RM150

Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)
  • Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.


Cara Penebusan / Permohonan

Setiap belia yang layak boleh menebus RM150 e-Tunai menerusi program ini.

Penebusan boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 seperti kaedah sebelum ini, dengan menggunakan aplikasi eWallet seperti:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay


Kenyatan media terkini dari Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan cara penebusan dan tarikh tuntutan e-Tunai Belia yang diumumkan:




Maklumat lanjut mengenai eBelia PEMERKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.


Anda boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ tentang bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.


Soalan Lazim

Apakah itu program eBelia Pemerkasa?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.


Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.


Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021.


Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Catat Ulasan

0 Ulasan