Sinopsis Drama Hati Yang DiKhianati

Sinopsis Drama Hati Yang DiKhianati| Drama bersiri 'Hati Yang Dikhianati' adaptasi daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Mis Tres Hermanas’. kini telah mula bersiaran.

Sinopsis Drama Hati Yang DiKhianati

Judul : Hati Yang Dikhianati | Bilangan Episod : 40 | Tarikh Tayangan : 12 April 2021

Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 6:00 petang  | Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima

Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar

Pengarah : Riza Baharudin

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon : Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Malek Mccrone, Shah Iskandar, Arena Iman, Syamim Farid, Sahronizam Noor, Fazlina Ahmad Daud, Afifah Nasir, Reza Shah, Mas Anizan, Rosnah Johari, Razak Ahmad, Najua P Ramlee, Lan Siro, Manan Holieou, Afiq Muiz, Adam Malek, Nabil Aqil, Qistina Khaled, Hasmira Azmi, Harminder Sigh, Zaki Azeman, Farra Zainuddin, Norazlina ismail, Nik Ramly 


Barisan Pelakon / Watak Lakonan

Isyariana sebagai Lisa

Amar Baharin sebagai Zuhri Elyas

Mona Allen sebagai Maria

Zamarul Hisham sebagai Iskandar

Syamim Farid sebagai Athira (Tyra)

Sahronizam Noor sebagai Dato Ghafar

Shah Iskandar sebagai Imran

Mia Nasir sebagai Syaz

Afifah Nasir sebagai Bell 

Arena Iman sebagai Mawar

Najua P Ramlee sebagai Rubi


Lagu Tema / OST

Vida - Isyariana & Dean Eiman 

Biru Malam - Chubb-E Amir Masdi 


Sinopsis Drama Hati Yang DiKhianati

Setelah pemergian bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.


Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri ditempuh ranjau.

Catat Ulasan

0 Ulasan