Breaking News

Ryzal DurianKimchi DiKecam Hebat Kerana Pakaian Tradisi Iban

Ryzal DurianKimchi tampil memohon maaf atas ketelanjuran gurauan yang tidak disengajakan. Walau bijak macam mana seseorang tu tapi kekadang tu terlupa untuk beringat hingga mengeluarkan kata-kata yang sensitif secara terbuka memang akan jadi bualan dan kecaman. 


Beliau tampil memohon maaf secara terbuka di laman instagramnya mengakui kesilapannya yang sekadar gurauan.  Permohonan maafnya mendapat pujian termasuk kecaman.  Apa pun semoga dia lebih sensitif dan beringat sebelum mengeluarkan kata-kata gurauan.

Kaum Iban, saya mohon maaf.

Saya faham, semua marah dan kecewa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang mengguriskan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak.

Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya.

Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk menghina, apatah lagi mencetuskan perbalahan. Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas.

Kepada rakan-rakan yang mengenali, saya minta maaf sekali lagi andai gurauan itu sungguh mengecewakan.

Ryzal Ibrahim




Selain dihentam hebat oleh netizen, malah pasangan itu menerima kritikan hebat dari rakan-rakan artis seperti Faye Kusairi dan lain-lain kerana tindakannya mempersendakan pakaian tradisi Iban.


Semoga Ryzal terus beringat di kemudian hari sebelum mengeluarkan gurauan atau kata-kata yang boleh menimbulkan sensitiviti antara kaum di Malaysia ni. 

No comments