Breaking News

PKP 3.0 Viral Dengan Perang Laksa

Kecoh! Alkisah pengguna FB berkongsi resepi laksa Johor dalam grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) semalam menjadi viral.  Mana taknya grup BIKMM mempunyai 623.4K member tu semestinya jadi perdebatan sebab masing-masing punya cara tersendiri untuk setiap masakan kita. 

Posting Sarah Az-Zahra untuk resepi Laksa Johor mendapat 7.4K likes, 4.7K comments dan 4.5K shares dan yang pasti pengguna lain memang terus cari dia di Facebook untuk bagi pengajaran atas kelancangannya.



Sebab bahasa badan binasa, FB Siti Rahmah Ahmad pun dah private dan tak boleh komen tapi paling menyedihkan ada pemilik akaun FB yang punya nama sama macam si tukang komen ni turut mendapat tempias. Kenapalah tak check dulu, tengok gambar DP si komen dengan empunya akaun tu sama ke tidak.


Nak komen tu biarlah berhemah, tak usah komen pasal Laksa negeri lain ala-ala dia dari golongan berkemampuan.


Meh min kongsi resepi Laksa Johor yang jadi mangsa kot ada yang nak mencuba.



Resepi Laksa Johor

Bahan-bahannya :- 

1 paket Spaghetti (direbus)

BAHAN A :-

5 ekor ikan kembong (digoreng, dibuang(saya rebus..tk goreng

 tulang dan ditumbuk atau diblend)

1 paket kecil udang kering (diblend)

Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)

Sedikit udang basah (diblend)

BAHAN B (diblend) :-

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia 

1 inci lengkuas  

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai

1 paket santan pekat

1 mangkuk kecil air asam jawa(sy ltk asam keping)

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto(sy tk ltk)

Bahan Ulaman/hiasan :-

Limau kasturi di belah dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge 

Bawang besar hiris

Daun kesum hiri

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-

1.  Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2.  Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.

3.  Masukkan bahan A (ikan, udang basah,  udang kering  dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.

4.  Masukkan santan pekat diikuti dengan 2

mangkuk air.

5.  Masukkan air asam jawa. (Sy tk ltk..sy ganti ngn asam keping)

6.  Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.

7.  Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.

8.  Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.

Selamat mencuba.

Kredit:Fauziah Ali

No comments