Breaking News

Pantun Raya Loghat 13 Negeri Dalam Malaysia

Pantun Raya Loghat 13 Negeri Dalam Malaysia | Telah masuk 20 Ramadan kita berpuasa dan pastinya banyak persiapan yang telah dibuat atau masih dbuat. Dalam membuat persiapan pasti ramai yang terkenang kampung halaman, ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara yang berada di negeri kelahiran . Rindu bukan, jadi min nak kongsi Pantun Raya Loghat 13 Negeri Dalam Malaysia ini untuk memeriahkan persiapan kita semua.

Pantun Raya Loghat 13 Negeri Dalam Malaysia


SELANGOR / KUALA LUMPUR

Wa cakap lu wa tak tau,

Tapi wa tipu sama lu,

Raya jangan buat tak tau,

Angpau ada bagi gua dulu.


MELAKA

Hawau kau berak merate,

Kaki bengkak ulau patok,

Kalau balik naik kerete,

Jangan pandu kalau ngantok.


NEGERI SEMBILAN

Masak lomak cili api,

Campo dengan daun turi,

Hari Rayo kolumpo sopi,

Tinggal penyamun dongan pencuri.


JOHOR DARUL TAKZIM

Cegitu cegini awak suke,

Awak suke kite tak suke,

Esok luse hari raye,

Sama-sama bersuke ria.


PERAK DARUL RIDZUAN

Gulei tempoyak ikan mayong,

Deroyan busok tebok tupei,

Pandu hemat ingat kampong,

Aselkan teman selamat sampei.


PULAU PINANG

Nasi kandaq kedai mamak,

Anak mami juai pasemboq,

Lepaih raya jangan dok triak,

Kalau ceti mai kot dapoq.


PERLIS INDERA KAYANGAN

Padang besar kecik aja,

Tempat siam lalu lalang,

Hari raya kita berbelanja,

Jangan sampai bertambah hutang.


KEDAH DARUL AMAN

Aloq Staq terketaq-ketaq,

Lapaq perut makan pau,

Macam mana tak ketaq,

Kena paksa bagi angpau.

Pantun Raya Loghat 13 Negeri Dalam Malaysia

Pantun Raya Loghat 13 Negeri Dalam Malaysia


PAHANG DARUL MAKMUR

Pergi Bentong beli cuko,

Nasi dagang ikan patin,

Jange mu masam muko,

Raya makan rendang sadin.


KELANTAN DARUL NAIM

Make ikke cicoh budu, 

Jange lupo tamboh satar, 

Kelik rayo toksir laju, 

Nanti rayo dale sepita


TERENGGANU DARUL  IMAN

Ubi kayu wat pengak, 

Kepok lekor panjang sedepe, 

Bile pose wak2 dok ingak, 

Hari raye tak dok hok lupe. 


SARAWAK BUMI KENYALANG

Sungkei marek masak laksa Sarawak,

Pasya terus kenak nyuruh mak kemas umah,

Raya klak kamek ngidang kek lapis sarawak,

Kitak orang iboh lupak datang umah.


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Ku idang kuih kan bisikita

Bukannya tah kali diliat nganya

Dimalam raya memasang pelita

Hati happy bis liaunya


SABAH NEGERI DIATAS BAYU

Bali baju sedondon sewarna

RAsa kan sama si buah hati

Tidur malam asyi nda lena

Mo sambuat raya bagai mo mati

No comments