Program Cuci Masjid Jalinan Kerjasama KOPETRO dan Seniman

Baru-baru ini Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah berkerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia dalam program gotong-royong Masjid. Program Cuci Masjid jalinan kerjasama KOPETRO dan Seniman yang pertama ini bertujuan menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021

Program Cuci Masjid Jalinan Kerjasama KOPETRO dan Seniman

Dalam program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat, KOPETRO bersama  Persatuan Seniman serta Team KV Clean,  akan dipertanggungjawabkan untuk membersihkan dan mensanitasi Masjid Al-Hidayah di Sentul. Melalui program ini juga, KOPETRO turut  menyampaikan  sumbangan kepada seniman dan seniwati tanah air yang amat memerlukan akibat pandemik COVID-19.  

Program Cuci Masjid Jalinan Kerjasama KOPETRO dan Seniman


“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”

 

Program Cuci Masjid Jalinan Kerjasama KOPETRO dan Seniman

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

Program Cuci Masjid Jalinan Kerjasama KOPETRO dan Seniman

Program Cuci Masjid Jalinan Kerjasama KOPETRO dan Seniman

Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

 

PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-3996788.


Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.

Facebook: https://www.facebook.com/kopetroberhad / https://www.facebook.com/lengquas.official

Instagram: @kopetroberhad / @lengquas.official

Catat Ulasan

0 Ulasan