Tahniah Ernie Zakri Dan Syamel Bergelar Suami Isteri

Tahniah Ernie Zakri Dan Syamel Bergelar Suami Isteri | Pasangan duet popular,  Syameel Aqmal Fodzly, (Syamel) 27, dan Nur Ernie Shahirah binti Zakri, 28 (Ernie) telah sah menjadi pasangan suami isteri dalam majlis tertutup di Masjid Puncak Alam pada 26 Mac 2021 berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.



Syamel (lahir 23 Jun 1992) dan Ernie (lahir 26 November 1993) telah melangsungkan ikatan pertunangan pada 15 Ogos 2020 selepas menjadi akrab ketika menyertai program realiti Duo Star pada 2017

Syamel merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik yang popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel juga merupakan Naib Juara  Akademi Fantasia 2015. 

Ernie Zakri, penyanyi, pelakon dan guru vokal yang dikenali selepas menjuarai pertandingan nyanyian Bintang RTM 2009. In 2018, she alongside her duet partner Syamel Fodzly, were awarded Best Vocals at the 32nd Anugerah Juara Lagu.


Rupanya ramai yang tidak tahu yang Ernie adalah anak saudara kepada penyanyi Ziana Zain sehingga ada perkongsian dari Fedtri Yahya yang menjadi pengacara majlis mereka.  Fedtri berkongsi satu posting di mana menggunankan kapsyen ‘from this, to this’.

Pasangan ini  meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 pada tahun 2018

Ernie menerima terima mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian bersama 5 dulang hantaran berbalas 7 namun jumlah wang hantaran tidak didedahkan.



Lagu Goodbye Hello 

Lagu yang berjudul Goodbye Hello itu bakal berkumandang buat julung kalinya pada majlis resepsi yang dianjurkan pada 3 April akan datang.

"Lagu yang diberi judul Goodbye Hello itu sudah pun siap sepenuhnya dan akan dinyanyikan pada majlis resepsi kami.

"Konsep lagu ini lebih kepada romantis dan istilah 'goodbye' dan 'hello' adalah perkataan yang sering kami ucapkan ketika bersama.

"Setiap kali bila kami berjumpa dan dan selepas itu kena pergi tempat lain, kami akan ucapkan 'goodbye'.

"Tetapi disambung dengan 'hello jumpa lagi' sebagai tanda kami sukar untuk berpisah.


Tahniah kepada kedua pasangan duet popular ini dan didoakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Catat Ulasan

0 Ulasan