Breaking News

Resepi Pesamah Daging Lauk Kenduri Lama Yang Istimewa Jarang Dijumpai

Resepi Pesamah Daging Lauk Kenduri Lama Yang Istimewa Jarang Dijumpai | Lama min tak dapat jemputan ke majlis perkahwinan. Manakan nak dapat sebab PKP masih berkuatkuasa dan kalau ada pun tak pernah lagi min dapat merasa lauk kenduri orang dulu-dulu yang dah jarang ada kat kenduri masa kini. Begini la lauk orang utara dulu bila ada kenduri kahwin

Resepi Pesamah Daging Lauk Kenduri Lama Yang Istimewa Jarang Dijumpai


Bahan:

1 kg daging - potong 10 ketul

5 sudu besar rempah daging

Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung

1 cawan santan pekat

1 cwn susu cair

2 sudu mkn kerisek

Garam

Air asam jawa secukup rasa



Bahan tumis:-

1/2 cawan minyak masak

1 sudu besar minyak sapi

3 ulas bawang merah - mayang

2 ulas bawang putih - mayang

3 cm halia - potong panjang nipis

1 btg kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

1 helai daun pandan -simpul

3 tangkai daun kari



Bahan kisar:-

2 labu besar bawang besar

5 ulas bawang putih

5 cm halia

1 sudu teh lada hitam



Cara-caranya:-

1. Daging digaul dengan bahan yang telah dikisar, rempah daging, gula merah dan kerisek. Proses ni org panggil 'awas'...

2. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan garing.

3. Masukkan daging yang telah diawas/gaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak hinga daging empuk dan pecah minyak yang akan mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar pecah minyak.

4. Bila daging sudah empuk dan pecah minyak, masukkan santan dan susu cair, kemudian air asam jawa dan garam secukup rasa.

5. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga pecah minyak dan kuah jadi pekat. Siap.


Kredit : blog iamfuzy

No comments