Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 35 #AJL35

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 35 #AJL35 | Anugerah Juara Lagu 35 yang bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam menobatkan lagu Gila garapan komposer & Penulis Lirik iaitu Noki, Loca B & Ezra Kong sebagai Juara Lagu #AJL35



AJL 35 kali ini menggandingkan pengacara trio Sherry Al Hadad, Awal Ashaari. dan Haziq dengan persembahan artis jemputan seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hazama, Akim Ahmad dan Siti Nordiana.



Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 35 #AJL35



Anugerah Juara Lagu

Lagu: Gila

Penyanyi: Kaka Azraff, Noki & Loca B

Komposer & Penulis Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong


Gila, gila, gila, gila, gila

Nandung-nandung lagu kampung

Angin sayu awan mendung

Tenang-tenang oh termenung

Namun jiwanya terkurung

Gila, gila, gila, gila, gila

Gila, gila, gila, gila, gila

Gila terkurung terlalu lama

Minda ku tak terbuka

Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia

Dunia yang nyata ternyata

Penuh dengan penipu dusta

Hati ingin rasa sangat nak keluar

Ya, ya, ya baru nak mula tapi jantung berdebar

Aku takut, aku jatuh, aku sangat takut

Walau jatuh aku tempuh aku rempuh

Ramai yang nampak aku gila

Mereka tidak tahu apa yang kurasa

Takut dengan dunia kerna rasa diri aku ini tak sempurna

Putaran bumi pun aku boleh rasa

Sampai masanya kita jumpa di luar sana

Nandung-nandung lagu kampung

Angin sayu awan mendung

Tenang-tenang oh termenung

Namun…


Naib Juara

Lagu: Semalam

Penyanyi : Aina Abdul

Komposer & Penulis Lirik: Aina Abdul


Tempat Ketiga

Lagu: Belenggu Rindu

Penyanyi: Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah

Komposer & Penulis Lirik: Hael Hussaini & Ezra Kong


Vokal Terbaik

Lagu: Gundah

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer / Penulis Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul


Persembahan Terbaik

Lagu: Eh

Penyanyi: Zizi Kirana

Komposer / Penulis Lirik: Navigator, Zizi Kirana & Mambang


Baca sini - Senarai 12 Lagu Layak Ke Final AJL 35

Antara artis jemputan yang turut membuat persembahan adalah Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hazama, Akim Ahmad dan Siti Nordiana.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

Siaran ulangan AJL 35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.


Informasi Anugerah Juara Lagu

AJL 34 - Sumpah - NAIM DANIEL

AJL 33 - Haram - DAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI

AJL 32 - Jampi - HAEL HUSAINI

AJL 31 - Lelaki Teragung - DAYANG NURFAIZAH

AJL 30 - Potret - AKIM & THE MAJISTRET

AJL 29 - Apa Khabar - JOE FLIZZOW FT. SONAONE

AJL 28 - Bahagiamu Deritaku - HAFIZ SUIP

AJL 27 - Terukir Di Bintang - AIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA

AJL 26 - Awan Nano - HAFIZ SUIP

AJL 25 - Tolong Ingatkan Aku - ANA RAFFALI

AJL 24 - Pergi - AIZAT AMDAN - 

AJL 23 - Lagu Untukmu - MEET UNCLE HUSSAIN

AJL 22 - Itu Kamu - ESTRANGED

AJL 21 - Terlalu Istimewa - ADIBAH NOOR

AJL 20 - Gemilang - JACLYN VICTOR

AJL 19 - Relaku Pujuk - SPIDER

AJL 18 - Bunga-Bunga Cinta - MISHA OMAR

AJL 17 - Keliru - NURUL & AJAI

AJL 16 - Mimpi Laila - YASIN

AJL 15 - Balqis - DATO' SRI SITI NURHALIZA

AJL 14 - Andalusia - DATUK M. NASIR

AJL 13 - Cindai - DATO' SRI SITI NURHALIZA

AJL 12 - Ghazal Untuk Rabiah - DATUK M. NASIR & DATO' JAMAL ABDILLAH

AJL 11 - Jerat Percintaan - DATO' SRI SITI NURHALIZA

AJL 10 - Cinta Beralih Arah - AISHAH

AJL 9 - Tanya Sama Itu Hud Hud - DATUK M. NASIR

AJL 8 - Teratai Layu Di Tasik Madu - FAUZIAH LATIFF

AJL 7 - Pada Syurga Di Wajahmu - DATO' NASH

AJL 6 - Takdir Dan Waktu - MEGA

AJL 5 - Janji Manismu - AISHAH

AJL 4 - Isabella - SEARCH

AJL 3 - Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu - RAMLAH RAM

AJL 2 - Menaruh Harapan - ZAITON SAMEON

AJL 1 - Sekadar Di Pinggiran - FRANCISSCA PETER

sumber : https://www.xtra.com.my/ajl35/utama.html

Catat Ulasan

0 Ulasan