Program Realiti Famili Duo Di TV3 Dengan 40 Pasangan Selebriti

Rancangan televisyen realiti Malaysia 2021, Famili Duo telah mula bersiaran bermula 14 Februari 2021 jam 9 malam setiap Ahad. Rancangan yang menampilkan selebriti popular tanah air bersama ahli keluarga dan saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing di mana setiap persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional.

Program Realiti Famili Duo Di TV3 Dengan 40 Pasangan Selebriti

Program Famili Duo ni berdasarkan dari rancangan Family Singing Show di 8TV, dihoskan oleh Uyaina Arshad dengan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap. Rancangan ini telah diiktiraf sebagai rancangan TV realiti nyanyian keluarga pertama di Malaysia.yang menggandingkan seramai 40 pasangan selebriti dan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.


Program Realiti Famili Duo Di TV3 Dengan 40 Pasangan Selebriti

Setiap episod menampilkan lima pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu saduran dan satu nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan lagu saduran untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio.

Program Realiti Famili Duo Di TV3 Dengan 40 Pasangan Selebriti

Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Setiap persembahan dan permarkahan akan dinilai sepenuhnya oleh Didie Alias dan Mark Adam selaku juri tetap dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV dan musim pengenalan program ini menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini.

Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Catat Ulasan

0 Ulasan