Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM Di Portal JHEV

Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM Di Portal JHEV | Cara membuat semakan Penyata Pembayaran Pencen Bagi Pesara Tentera / Veteran ATM Melalui Portal JHEV



Pembangunan sistem penyata pencen JHEV adalah sebagai platform bagi veteran ATM membuat semakan penyata pencen atas talian pada bila-bila masa yang diperlukan. Sistem yang dibangunkan ini akan menggantikan sistem penyata pencen yang lama.


Sistem ini boleh diakses dari luar dimana veteran ATM sendiri boleh memuat turun penyata mereka tanpa melalui pihak JHEV ATM.


Bagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.


Kebaikan Sistem Online JHEV

Antara kebaikan sistem online ini adalah:

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.


Cara Pendaftaran


  1. Pergi ke URL http://penyata.jhev.gov.my/penyata/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Tekan pada menu Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian, tekan hantar.
  4. Selepas tekan hantar kemudian tekan OK.
  5. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi.
  6. Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem.
  7. Tekan butang [Kembali].


Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

  1. Layari Portal JHEV SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
  2. Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
  3. Anda akan dibawa ke halaman utama.
  4. Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
  5. Pilih TAHUN PENYATA.
  6. Masukkan kod pengesahan.
  7. Tekan butang Cetak Penyata Pencen.

Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.

Rujuk manual pengguna: https://penyata.jhev.gov.my/penyata/ManualPenggunav1.pdf


Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2021

Jadual pembayaran pencen tahun 2021 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:

Januari

21 Januari

Februari

08 Februari

Mac

15 Mac

April

20 April

Mei

05 Mei

Jun

10 Jun

Julai

12 Julai

Ogos

18 Ogos

September

21 September

Oktober

21 Oktober

November

18 November

Disember

16 Disember


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/ masalah berkaitan sistem ini, sila emel kepada penyatajhevatm@mod.gov.my

Untuk info: Urusan persaraan tentera tidak dilaksanakan oleh pihak Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA mahupun KWAP.

Catat Ulasan

0 Ulasan