Ketahui Cara Penggunaan Iodin Sebelum Digunakan

Bila kita mendapat luka, kita pasti akan mendapatkan rawatan dirumah sekiranya mengalami luka yang tidak melarat dan malas untuk berjumpa doktor malah mengubati luka sendiri dengan menyapu iodine (iodin). Pedih bukan!


Apa itu iodin?

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang akan membayangkan bahawa iodin itu adalah satu zat yang banyak terdapat dalam makanan laut.

Namun, kami bukanlah ingin membahaskan mengenai perkara itu, sebaliknya merujuk kepada ubatan sapuan yang digunakan untuk merawat luka.

Untuk pengetahuan anda, iodine topikal adalah ubatan sapuan yang digunakan untuk merawat luka dengan cara membunuh bakteria penyebab jangkitan.

Ya, ia memang merupakan salah satu benda yang perlu ada dalam peti kit kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.

Pun begitu, adalah wajar untuk anda tahu bahawa mungkin ada kesan sampingan di sebalik penggunaannya.

Iikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai apa itu iodine dengan lebih mendalam lagi.

Buat anda yang masih keliru, ia adalah sejenis ubat berupa cecair berwarna seakan kekuningan atau keputihan dan akan menyebabkan kepedihan apabila terkena luka pada kulit.

Ia adalah salah satu komponen yang sangat penting semasa melakukan pencucian luka (dressing) sama ada bersama doktor atau dilakukan secara sendiri.


Bagaimana cara guna iodin?

Sebelum mula menyapu ubatan ini, adalah penting untuk kalian waspada mengenai beberapa perkara termasuklah:

  1. Alahan – Sila beritahu doktor jika anda mempunyai alahan terhadap ubatan, makanan, haiwan atau lain-lain
  2. Usia – Kesan iodin ini adalah berbeza buat golongan kanak-kanak, dewasa dan warga emas
  3. Status perubatan – Kesan iodine ini mungkin akan mengakibatkan interaksi negatif jika digunakan bersama ubatan lain
  4. Gaya hidup – Kesan iodine ini mungkin akan terjejas sekiranya anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti meminum alkohol dan menghisap rokok

Selepas 4 perkara ini dipertimbangkan, barulah anda boleh menyapu iodin pada luka dan ketahuilah bahawa ia tidak boleh diambil secara oral.

Selain itu, sila elakkan ia terkena pada mata atau disapu pada luka kesan terbakar, luka terlalu dalam, luka terlalu besar atau luka yang diakibatkan oleh gigitan haiwan.

Selepas menyapukannya pula, jangan tutup ia dengan pembalut yang terlalu ketat kerana kesemua perkara ini mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan lain kelak!


Apa kesan sampingan yang boleh terjadi?

Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, mungkin wujud beberapa kesan sampingan penggunaan ubatan topikal ini jika digunakan dengan cara yang salah.

Kesan sampingan ini adalah lebih berisiko tinggi terjadi sekiranya ia digunakan dengan dos yang salah yakni terlalu banyak atau jika diambil secara oral.

Anda perlu tahu bahawa kesan sampingan utamanya sudah tentu akan meliputi bahagian kulit terutamanya pada kawasan luka yang disapu.

Berikut adalah antara mudarat yang boleh berlaku pada kulit:

  • Kerengsaan
  • Kegatalan
  • Kemerahan
  • Kepedihan
  • Timbul nanah

Seandainya diambil melalui oral yakni termakan atau terminum, akan wujud beberapa kesan sampingan yang mendatangkan bahaya.


Berikut adalah antara mudarat jika diambil secara oral:

  • Sakit perut atau abdomen
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Mual-mual
  • Demam
  • Dahaga yang melampau
  • Tidak mampu lepas ujian urin

Mungkin juga wujud beberapa kesan sampingan lain yang kami tidak nyatakan di atas tadi dan sila berhubung dengan doktor untuk informasi lebih lanjut ya?


Iodin, satu-satunya kaedah merawat luka?

Apa itu iodin sangat banyak digunakan untuk merawat kes luka akibat kemalangan apabila dirujuk kepada pakar di hospital atau klinik.

Sekiranya anda mengalami luka di rumah dan tidak mempunyai stok ubatan topikal ini, apakah yang boleh dibuat selain berjumpa doktor?

Usah khuatir kerana terdapat beberapa cara lain sebagai kaedah merawat luka seperti:

  • Gunakan ais
  • Letakkan uncang teh
  • Sapukan jeli petroleum
  • Gunakan cecair kumur mulut
  • Gunakan antiperspirant

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa alternatif-alternatif ini hanya boleh digunakan sekiranya anda tidak mampu untuk pergi mendapatkan rawatan pakar.

Dalam pada itu, sila lihat juga pada luka anda kerana luka yang terlalu besar atau terlalu dalam tidak boleh dirawat secara sendiri dan perhatian pakar masih diperlukan.

Sebaiknya, sila simpan stok iodin di dalam peti kit kecemasan anda di rumah okay!

Catat Ulasan

0 Ulasan