Drama Biar Mereka Cemburu Di Slot Megadrama

Diadaptasi dari novel Drama Biar Mereka Cemburu karya Anuar Darwisy (A Darwisy) telah mengisi slot Megadrama mulai 1 Disember  jam 10 malam dengan 16 episod bersiaran bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform iQIYI untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Drama Biar Mereka Cemburu menampilkan gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil bersama Nabila Razali sebagai Nadia, dibantu barisan pelakon hebat antaranya Izzat Mushtaq (Rostam), Rubini Sambanthan (Marsha Gordon), Aedy Ashraf (Fetri), Dato’ Shah Rezza (Tengku Alauddin), Mas Anizan (Engku Zulaikha), Bella Dowanna (Nabila), Hasmira Azmi (Sofea), Syahir Shafein (Reza), Adam Malek (Nabil)


Drama arahan sutradara handalan MP Roslin Md Sharif ini turut menampilkan Dato’ Zaiton Muhd Jiwa selaku penerbit serta barisan penulis skrip yang terdiri daripada Abdul Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani dan Baizurah Kahar terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.


Drama Biar Mereka Cemburu mengangkat genre komedi romantik mengisahkan tentang Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon. 


Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam. Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.


Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja.


"audiens kami gemarkan naratif penceritaan yang ringan tetapi padat dengan elemen ‘feel good’ dan mesej-mesej tersirat. Oleh itu, kami yakin naskah taruhan terbaharu menerusi ‘Biar Mereka Cemburu’ ini sekali lagi mampu membekaskan kesan yang mendalam kepada para penonton setia di saluran kami.


"Seperti yang kita tahu, telah banyak perkongsian menarik mengenai kisah penghantar makanan yang sering tular di media sosial. Malah, mereka turut dianggap sebagai pejuang barisan hadapan atau ‘frontliner’ yang bertungkus-lumus menyumbang bakti kepada masyarakat terutamanya ketika musim Covid-19.


"Watak penghantar makanan juga dilihat cukup dekat dengan masyarakat zaman sekarang kerana perkhidmatan tersebut tidak asing lagi serta sudah menjadi trend gaya hidup bagi memudahkan, menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan tugas seharian.





sumber : gempak.com

Catat Ulasan

0 Ulasan