Jalan-Jalan Cari Makan Putrajaya Di Penanggah Taman Warisan

Jalan-Jalan Cari Makan Putrajaya Di Penanggah Taman Warisan  

Tidak lengkap pengembaraan di Putrajaya jika anda tidak singgah di Taman Warisan Pertanian (TWP), Presint 16.  Taman dengan keluasan 35 ekar ini merupakan salah satu usaha Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk menjadikan Putrajaya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati.  Taman ini memaparkan atau living museum bagi tanaman komersial negara seperti pokok getah, pkok kelapa sawit, kopi,kopi, teh, koko, bah-buahan tempatan, herba dan rempah ratus.

Selain mejadi tumpuan ramai untuk aktiviti-aktiviti agro, Taman Warisan Pertanian juga merupakan pusat sehenti bagi masyarakat setempat yang ingin menikmati hidangan tempatan, fusion dan barat yang terdapat di Penanggah


Satay Kajang Haji Samuri dan Roti Joh Unan merupakan  dua menu yang menjadi buruan penggemar makanan yang berkunjung ke Penanggah @ Taman Warisan Pertanian.


Bukan itu saja yang terdapat di Penanggah, anda boleh nikmati makanan panas seperti Tomyam, Nasi Campur, Ikan Bakar & Bawal Sempoi, Asam Pedas, Daging Salai Masak Lemak dan sajian-sajian dari Pantai Timur.  Bagi melengkapkan sajian, anda boleh mencuba Air Kelapa Botak, Milo Cincau, Sirap Bandung Soda Cincau, Teh Dangdut, Teh 3 Lapis, Air Detoks dan Milk Shakes di Hauz Warisan.  Bukan itu saja, pencuci mulut pun boleh anda cuba disini.


Menurut wakil pengurusn Putrajaya Catering Services (PCS) yang dipertanggungjawab untuk menguruskan operasi Penanggah, Encik Shabir OThman berkata " Medan Selera Penanggah sudah beroperasi sejak 1 Februari 2020 yang lalu.  Sebelum ini Penanggah ditutup buat sementara bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf fasiliti.  Tapi kali ini kami kembali dengan konsep baru dan gerai-gerai baru.  Penanggah ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Ahad"


Jadi, singgah ke Penanggah bagi melengkapkan pengembaraan anda ke Putrajaya bersama keluarga atau teman-teman sambil santai di hujung minggu.  Untuk mengetahui perkembangan atau maklumat terkini mengenai taman ini, anda boleh layari facebook : https//www.facebook.com/putrajaya.twp/

Catat Ulasan

0 Ulasan