15 Tanda-Tanda Kemungkinaan Suami Anda Curang

15 Tanda-Tanda Kemungkinaan Suami Anda Curang 


Pasangan yang curang tidak semestinya mereka yang duduk berjauhan, malahan tinggal serumah pun pasangan anda boleh curang. Sedangkan ketika masih berkasih, pasangan anda curang akan membuatkan sakit, apatah lagi bila sudah berumahtangga.


Kadang kala kita tidak boleh ambil ringan bila pasangan itu kelihatan tiada apa-apa bila kita sibuk tapi hakikatnya pasangan kita dalam diam curang atau dalam fasa membuka ruang mencuba untuk mengenali orang lain.




Mungkin, 15 tanda-tanda ini anda boleh perhati untuk mengesan sekiranya suami atau teman lelaki anda curang dalam diam. Bagaimana untuk kita ketahui dan elakkan situasi ini?


Kita fikir telah memberikan segalanya buat dia dan dia sendiri menunjukkan dia amat sayang kepada kita hingga kita tidak perasan perkara sebenarnya.


Jangan risau, teruskan membaca supaya dapat ketahui lebih awal.


1. Ada 2 handphone atau 2 sim card

Satu handphone sememangnya untuk famili, ahli keluarga dan umum manakala satu handphone lagi mungkin digunakan untuk aktiviti yang tidak diketahui seperti menyimpan no telefon perempuan lain. Malahan kita sendiri tidak tahu dia punya nombor telefon lain.


2. Nama pelik dalam handphone

Bagi mengelak identiti perempuan lain, dia akan menyimpan nombor tersebut sebagai nama lelaki. Ada kemungkinan, nama lelaki tersebut adalah nama kawan yang kita kenal.


3. Ada kata kunci

Selain mula berahsia, gemar menyendiri dengan handphone malahan hanphone pula diletakkan kata kunci


Cuba sesekali buka handphone dan tengok reaksi sidia.



4. Masuk tandas lama-lama

Kerap masuk ke tandas lebih lama dan membawa handphone sekali dengan alasan main game yang kalau ditinggalkan dia kan jauh ketinggalan.


5. Senyum lebar semasa membalas mesej atau whatsapp

Kalau pasangan anda jenis susah nak senyum tapi bila bermesej, kelihatan tersenyum lebar dengan merenung handphone tanpa toleh kanan dan kiri.


Cuba duduk disebelah dan minta dia kongsi apakah ada berita gembira yang diterimanya. Masa ni baru nampak gelabah atau tidak sidia.



6. Jawab telefon secara berbisik

Bila menerima panggilan telefon, kadang kala bila diangkat, hanya berbicara dengan perlahan dan seakan berbisik. Malahan panggilan diputuskan dengan secepat mungkin.


7. Cepat melenting 

Bila ditanya sangat cepat naik angin dan tidak ingin mendengar apa yang ingin kita perkatakan. Kadang kala alasannya kerana dia penat bekerja


8. Aktif di media social 

Anda boleh melihat dia aktif di media sosial seperti Facebook atau Instagram kalau anda punya masa, boleh lihat siapa yang diikutinya dan melihat komen-komen yang ditulisnya kerana rakan yang langsung tidak berada dalam kelompok dia sebenar.



9. Enggan berbicara dan mengakui

Apabila ditanya, dia lebih mendiamkan diri dan tidak mengakui hingga menampakkan anda yang bersalah kerana mencurigai hingga mengakibatkan perselisihan dan pertelingkahan.


10. Penampilan berubah

Kalau dulu tidak mengambil berat akan apa yang dipakai tapi berubah dengan penampilan yang jauh berbeza dengan pemakaian kemeja, t-shirt yang dimasukkan kedalam seluar dan berkaca mata hitam


11. Enggan Memandang Pasangan Bila Diajak Berbicara

Selain tidak mahu mengakui kesalahan, dia akan mengelak dengan enggan memandang pasangan bila berbicara. Bila ditanya berkali-kali dia akan mengelak dan kadang-kala mengatakan akan kesalahan pada kita.



12. Kurang Mendatangi Isteri

Ini adalah paling ditakuti bila suami kurang mendatangi isteri hingga ramai beranggapan dia 'makan luar'

Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan tapi lebih baik bertanya terlebih dahulu, kemungkinan dia punya masalah atau sebaliknya.


13. Kurang bercakap dengan pasangan

Lelaki curang semakin kurang bercakap dengan pasaangan dan hanya berbicara tentang perkara penting seperti hal anak-anak dan keluarga. Tiada lagi bicara tentang hati, kasih dan sayang. Malah apabila ditanya apakah dia masih menyayangi, jawapanya hanya acuh tak acuh


14. Pasangan Terlebih Menunjukkan Sayang

Pelik bukan bila tiba-tiba pasangan anda menunjukkan kasih sayang yang berlebihan, kemungkinan untuk berselindung dan rasa bersalah.

Apabila dia curang dan sayang orang lain, akan timbul rasa tidak selesa dan bersalah. Maka, dia akan buat perkara yang sama. Pelik kerana dulu tidak diambil perhatian tapi kini terlebih pula ingin ditunjukinya. 

Ingin jaga hati katanya.


15. Naluri Wanita

Wanita sememangnya istimewa bila punya naluri yang sangat sensitif. Sebarang perubahan suami, tingkah laku suami akan dapat dihidu walau tidak diakui suami. Bila sekali mereka mencurigai, mereka pasti akan terus mencurigai dan memerhati gerak geri si suami. 


Moga 15 tanda-tanda lelaki curang ini tiada pada pasangan anda dan apa yang dinyatakan mungkin berlaku tapi bukan kerana mereka curang atau mungkin mereka ada masalah lain.


Apa pun siapa pun yang curang walau pasangannya setia dan jujur, pasti akan menyesal bila lafaz nikah yang dimeterai terlerai akibat perbuatan curang anda


Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

0 Ulasan