Sinopsis Kalut Nak Kahwin

Filem romantik komedi, Kalut Nak Kahwin, kisah tentang erti sebenar kekalutan masyarakat marhain akan datang bermula pada 4 Ogos ini, di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480.





Kalut Nak Kahwin

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022

Rangkaian: Astro First, saluran 480

Pengarah: Yussuf Yunus

Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd


Barisan Pelakon

Amerul Affendi sebagai Mustaqim 

Dee Al-Hadi sebagai Munirah

Chelsia Ng sebagai Honey

Salih Yaccob sebagai Pak Lang

Kartina Aziz sebagai Mak Minah

Anas Ridzuan sebagai Buyut

Aloy Paradoks sebagai Sulaiman

Megat Sharizal sebagai Zaidi


Sinopsis Kalut Nak Kahwin

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah masyarakat di rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis perkahwinan di tempat mereka. 


Munirah bingung apabila berlaku gangguan air di flatnya pada hari perkahwinannya. Abangnya, Mustaqim cuba mengatasi masalah dan memastikan perkahwinan itu berjalan seperti yang dirancang.


Lebih memburukkan lagi, Pak Lang, tukang masak tidak boleh menghidangkan semua juadah untuk tetamu jemputan kerana kesuntukan masa. 


Tambahan pula berlakun kebakaran, tok kadi ada urusan lain dan pelamin tak siap. Nasib baik, atas nama kerja berpasukan, semua masalah dapat diselesaikan.

Catat Ulasan

0 Ulasan