Sinopsis Drama Debu-Debu Dosa

Sinopsis Drama Debu-Debu Dosa |  Saksikan telefilem Debu-Debu Dosa lakonan Fikhree Bakar, Tasha Shila, Kumika, Dazrin Kamarudin dan Wan Maimunah pada Selasa, 5 Julai 2022 pukul 9 malam di TV2.




Debu-Debu Dosa

Waktu Siaran:  Selasa, 5 Julai 2022, 9:00 malam

Rangkaian: TV2 slot Drama On 2

Penulis Skrip: Nor Farhana

Pengarah: Ollynn Khadri

Produksi: Beat Revolution Sdn Bhd 

Pelakon: Fikhree Bakar, Tasha Shila, Kumika, Dazrin Kamarudin, Wan Maimunah, Pn.Suraya


Sinopsis Debu-Debu Dosa

Setelah hampir 6 tahun usia perkahwinan Alya dan Hairi, rumah tangga mereka mula retak. Isterinya, Alya curang dibelakangnya dan berkenalan dengan seorang lelaki bernama Zack. 


Selepas bercerai, Alya membawa Darius tinggal dengan Mak Yam. Alya sering marah dan mengherdik Mak Yam. Mak Yam juga terpaksa bekerja keras menjual nasi lemak untuk menyara anak dan cucunya kerana Alya malas bekerja dan hanya tahu minta duit, Mak Yam cedera kerana perbuatan Alya. 


Alya kemudian membawa Darius lari dan tinggal dengan kekasihnya. Kerana tiada tanggungjawab, Alya meninggalkan Darius seorang diri dirumah untuk pergi bercuti bersama kekasihnya. Satu-persatu perkara buruk dilakukan Alya. Apakah nasib Darius Anaknya? Mungkinkah Alya berubah menjadi ibu dan anak yang lebih sempurna?

Catat Ulasan

0 Ulasan