Johnny Depp Menang Kes Fitnah Amber Heard

 Pasti ramai peminat Johnny Depp lega dan seronok bila Johnny Depp akhirnya memenangi kes fitnah Amber Heard yang disiarkan di kaca televisyen tadi.


Juri mendapati bahawa Amber Heard bersalah kerana memfitnah bekas suaminya Johnny Depp dalam salah satu artikel yang disiarkan di The Washington Post pada 2018.



Juri juga menganugerahkan Depp $10 juta sebagai ganti rugi pampasan dan $5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif, namun jumlah itu akan diselaraskan bagi mematuhi undang-undang Virginia. Selain itu, pihak juri juga memihak kepada Heard dalam kes fitnah peguam Depp ke atasnya dan dia pula telah diberikan ganti rugi pampasan sebanyak $2.


Kenyataan Johnny Depp di laman Instagram


Johnny Depp yang berada di England semasa keputusan dikeluarkan mengeluarkan kenyataan di laman instagram miliknya 

“Enam tahun yang lalu, kehidupan saya, kehidupan anak-anak saya, kehidupan mereka yang paling dekat dengan saya, dan juga, kehidupan orang-orang, yang selama bertahun-tahun telah menyokong dan mempercayai saya berubah selama-lamanya,” tulisnya. “Semuanya [berubah] dalam sekelip mata,” katanya merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Heard.


“Dakwaan palsu, [yang] sangat serius dan jenayah telah dikenakan kepada saya melalui media, yang mencetuskan rangkaian serangan penuh kebencian yang tidak berkesudahan, walaupun tiada pertuduhan pernah dikenakan terhadap saya.” Keputusan hari ini, Depp berkata, “Juri berikan kehidupan saya semula. Saya benar-benar rendah diri.” Bagaimanapun, Depp tidak menyatakan apa-apa mengenai keputusan juri yang mendapati pasukan peguamnya bersalah atas satu tuduhan memfitnah Depp.


Depp terus menegaskan bahawa satu-satunya niat asal beliau untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah “untuk mendedahkan kebenaran” sambil menambah, “Saya berasa tenang mengetahui saya akhirnya mencapainya.” Akhir kata, Depp mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan kebaikan yang mereka berikan sepanjang kes ini berjalan.


“Yang terbaik akan datang dan lembaran baru akhirnya telah bermula,” dia menyimpulkan, seolah-olah membayangkan kehidupannya sudah kembali dan keadilan dapat ditegakkan. “Kebenaran tidak pernah binasa.”


Kenyataan Depp, yang disiarkan di Instagram, bukan sahaja mendapat sokongan daripada segelintir peminat biasa, tetapi juga daripada beberapa selebriti. Ryan Adams, yang juga menghadapi tuduhan mengenai gangguan seksual dan penderaan emosi – dakwaan yang dinafikannya – meninggalkan komen di Instagram Depp. Sofia Richie, Naomi Campbell, dan Zedd juga meninggalkan komen kepada Depp sebagai tanda sokongan.


Kenyataan Amber Heard di laman Instagram




“Saya sedih kerana bukti yang banyak juga masih tidak mencukupi untuk menentang kuasa dan pengaruh bekas suami saya,” “Saya sedih saya kalah kes ini. Tetapi saya lebih sedih kerana saya nampaknya telah kehilangan hak yang saya fikir saya ada sebagai orang Amerika – untuk bercakap secara bebas dan terbuka.” Amber turut menghadkan komen di postingnya

Catat Ulasan

0 Ulasan