Drama Cinta Hilang Kata

Nantikan drama adaptasi novel 'Cinta Hilang Kata' karya Lily Haslina Nasir akan datang di Astro Prima. Drama terbitan Country & Universan, diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan menampilkan pelakon Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam dan ramai lagi.





Cinta Hilang Kata

Tarikh Tayangan: 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang

Rangkaian: Astro Prima

Pengarah: Kyoll Hamzah

Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Pelakon: Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Iqram Dinzly, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Talha Harith, Aqil Taqee, Faa Zaini


Watak Pelakon 

Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar 

Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin

Nelissa Nizam sebagai Sabby

Hariz Hamdan sebagai Zaili

Iqram Dinzly sebagai Amirul

Anne Abdullah sebagai Mahyun

Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah

Amelia Christie sebagai Ezra

Aqil Taqee sebagai Deens

Faa Zaini sebagai Wanie


Sinopsis Cinta Hilang Kata

Nurul Masmin dalam diam sukakan Rain Akhtar tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah. 


Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.


Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra, Wanie dan Deens yang sentiasa ada disisinya.


Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas.

Catat Ulasan

0 Ulasan