Drama Bisik-Bisik Gelora

Drama adaptasi novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari akan mengisi slot Akasia TV3. Drama bersiri 35 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin, menggandingkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama.




Bisik-Bisik Gelora

Episod: 35

Tarikh Tayangan: 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penuulis Novel: Fauziah Ashari

Pengarah: Riza Baharudin

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof


Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin

Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi

Gambit Saifullah sebagai Fakhri

Hafidz Roshdi sebagai Wari


Sinopsis Bisik-Bisik Gelora

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.


Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.


Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.


Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Catat Ulasan

0 Ulasan