Tarikh Sambutan Israk Mikraj 2022 Di Malaysia

Tarikh Sambutan Israk Mikraj 2022 Di Malaysia | Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW merupakan peristiwa penting bagi umat Islam.


Secara ringkasnya, ia adalah sebuah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.


Tarikh Sambutan Israk Mikraj 2022 Di Malaysia


Firman Allah SWT,Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”. Surah Al-Isra’(Ayat:1)


Tarikh sambutan Isra’ dan Mikraj 2022 adalah pada 1 Mac 2022 (Selasa), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1443H.


Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Umum Negeri, bermaksud hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti bagi hari tersebut iaitu:


  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Perlis
  • Terengganu

sumber : JAKIM

Catat Ulasan

0 Ulasan