Rahsia Penjagaan Kain Kapas Supaya Tahan Lama

Rahsia Penjagaan Kain Kapas Supaya Tahan Lama | Pemakaian pakaian jenis kapas atau cotton memang cukup selesa terutama bila dibuat baju kurung dan dijadikan pakaian buat anak-anak kecil. Kain kapas sememangnya dapat menyerap peluh dengan bagus malahan corak kain kapas terkini cukup menarik apabila dibuat baju kurung, dress atau apa sahaja.

Tapi tidak ramai yang tahu bab menjaga pakaian dari kain kapas supaya tahan lebih lama. Dibawah adalah perkongsian yang boleh anda gunakan dalam menjaga pakaian anda dari kain kapas supaya tahan lama.



1. Basuh

Basuh dahulu pakaian dari kain kapas anda menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama, sebaiknya asingkan daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.


Cucian ini bagi menghilangkan kanji pada kain. Anda boleh menggunakan apa jua jenis sabun serbuk ataupun cecair, tapi elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.


Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, jadi cuci dengan menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.


2. Rendam

Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar kain kapas anda  dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas.


Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.


3. Jemur

Sebelum dijemur, kibaskan kain terlebih dahulu supaya ianya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Usah lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.


Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.


4. Jahit

Selepas membuat langkah-langkah di atas, kain tersebut boleh dihantar kepada tukang jahit. Kain kapas yang wangi, lembut dan bersih amat disukai oleh tukang jahit. Fabrik ini bukan saja mudah dipotong dan senang digosok, bahkan tidak menggelongsor semasa dijahit.


Apabila baju telah siap dijahit, basuh sekali lagi dengan teknik yang sama di atas. Jangan bimbang kerana cucian kali kedua tidak menyebabkan kain mengecut. 


Selamat mencuba Rahsia Penjagaan Kain Kapas Supaya Tahan Lama yang dikongsikan kepada anda. 

Catat Ulasan

0 Ulasan