Drama Jangan Ganggu Jodohku

Drama komedi seram 'Jangan Ganggu Jodohku' diadptasi dari novel karya Umie Nadzimah menggandingkan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae telah mula ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. 

Jangan Ganggu Jodohku | Bil Episod: 24


Tarikh Tayangan: 29 November 2021

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam 

Rangkaian: Slot MegaDrama Astro Ria

Skrip: Nana Khalil, Adib Zaini, Amin Shakib, Baizura Kahar

Novelis: Umie Nadzimah

Pengarah: Jamal Khan

Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd


Pelakon Dan Watak Lakonan

Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran

Shaza Bae sebagai Aliza 

Aloy Paradoks sebagai Abu

Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu

Norreen Iman sebagai Shahida

Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan

Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari

Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng

Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng 

Azizah Mahzan sebagai Mak Nah

Hasnul Rahmat sebagai Paksu

Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Piah

Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha

Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu

Farid sebagai Hantu Keding

Rosli Rahman Adam sebagai Hantu Tok Nek


Lagu Tema (OST)

Hendaklah Cari Pengganti

Penyanyi: Arief 

Lirik: Ayu Rizki Yani 

Komposer: Ayu Rizki Yani


Sinopsis Jangan Ganggu Jodohku

Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.


Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu. 


Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!


Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.


Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!


Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.


Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.


Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.


Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Catat Ulasan

0 Ulasan