KL City Kalahkan JDT 2 - 0 Julang Piala Malaysia

 Akhirnya selepas 32 tahun, Piala Malaysia menjadi milik Kuala Lumpur City yang mengalahkan JDT 2 - 0 pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi


Kemenangan yang cukup bermakna buat The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mendakap kembali piala berprestij berkenaan dan lebih manis ia dilakukan pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Selain bergelar juara, KL City juga mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini.

Untuk rekod, Kuala Lumpur menjulang trofi tertua itu adalah pada tahun 1989 yang menyaksikan mereka melakar rekod hatrik selepas muncul juara pada 1987 dan 1988.

Semestinya kemenangan Kuala Lumpur menyentap ego JDT selaku juara bertahan yang menjadi pilihan rata-rata pemerhati dan peminat bola sepak tempatan untuk memenangi piala berkenaan.

Tahniah Kuala Lumpur



Catat Ulasan

0 Ulasan