Pengarah Hantu Kak Limah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia. Difahamkan beliau pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Pengarah Hantu Kak Limah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman tempatan dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah.- UTUSAN ONLINE


Pengarah Hantu Kak Limah Mamat Khalid Meninggal Dunia


Biodata Mamat Khalid

Nama : Mohamad bin Mohamad Khalid

Tarikh Lahir : 6 April 1963 di Ipoh, Perak

Tarikh Kematian : 24 October 2021 (usia 58) di Slim River Hospital, Slim River, Perak

Tempat Pengkebumian : Tanah Perkuburan Masjid Paloh, Ipoh, Perak

Pekerjaan : Pengarah Filem, Penulis Skrip, Pelakon

Isteri : Hasmah Hassan ​(sejak 1987)​

Bilangan Anak : 5

Bapa/Ibu : Mohd Khalid Ibrahim / Nor Azian Said 

Mamat Khalid merupakan adik kepada pelukis kartunis Datuk Lat pernah bekerja di pejabat kerajaan, sangat meminati muzik rock dan menyertai kumpulan rock Drop Out pada tahun 1986 sebagai pemain keyboard. Pengalaman ini yang mendorong dan memberi inspirasi kepada beliau untuk menulis dan mengarah Filem Rock pada tahun 2005, hingga berjaya menjadi 3 sekual, Rock Ooo…! (2013), Rock Bro! (2016) and Rock 4: Rockers Never Dai (2020).

Pada 21 April 2017, beliau dimasukkan ke Intensive Care Unit (ICU) Hospital Ampang Puteri selepas mengadu kesukaran bernafas pada jam 3 pagi. Difahamkan beliau terlalu penat selepas menghadiri sesi preview movie Lebuhraya Ke Neraka di Bukit Bintang. Beliau disahkan stabil namun masih dengan pengawasan doktor berikutan tekanan darah tinggi.

Catat Ulasan

0 Ulasan