Breaking News

Kempen Bendera Putih Tanda Perlu Bantuan

Kempen Bendera Putih Tanda Perlu Bantuan | Pandemik Covid-19 telah menjejaskan kehidupan penduduk dunia termasuk di Malaysia.  Ramai yang terjejas fizikal dan mental menyebabkan ada kalangan rakyat yang tidak mampu menanggung tekanan hidup mengambil jalan singkat untuk menamatkan penderitaan.

Laporan mengenai kejadian bunuh diri, kemurungan dan pengangguran kesan pandemik Covid-19 semakin membimbangkan.



“Naikkan bendera putih jika perlu bantuan, tidak perlu merayu dan malu.”

Demikian kata satu kempen yang dilancarkan di media sosial baru-baru ini yang menyeru orang ramai untuk menghantar isyarat secara terbuka jika memerlukan sebarang bantuan, terutamanya dari segi barang keperluan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

“Biar orang sekeliling pakat bantu, beri sedikit sebanyak yang termampu. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Elakkan stress, berkongsilah masalah dengan orang ramai.

“Tidak perlu merayu

Tidak perlu rasa malu

Hanya kibarkan kain putih

Semoga ada yang datang membantu.”

Itu antara kata-kata warga maya dalam kempen ‘kibarkan kain putih’ yang mula mendapat sambutan orang ramai.

Turut memanjangkan kempen itu adalah selebriti Aznil Nawawi yang memuat naik gambar bendera putih di laman Instagram beliau dengan tanda pagar #kitaadakita #kibarbenderaputih.

“Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera,” kata seorang pengguna Twitter, Hafizol Hakami.

Sama-samalah kita meringankan golongan yang memerlukan bantuan saat ini.


No comments