SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 25 Mei - 7 Jun 2021

SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 25 Mei - 7 Jun 2021 | Tempoh berkuatkuasa mulai 25 Mei 2021 (dari jam 12.01 pagi) sehingga 7 Jun 2021 (11.59 malam)

Kawasan Terlibat : SELURUH NEGARA TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

*Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak diteruskan.




Untuk muatturun boleh klik SINI

Aktiviti Dibenarkan

  • Sektor ekonomi yang dibenarkan.
  • Membeli atau mendapatkan barang keperluan.
  • Mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan.
  • Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman.


Aktiviti Tidak Dibenarkan

  • Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM.
  • Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
  • Sila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan Arahan Tetap
  • Peraturan 16 P.U. (A) 225/2021.
  • Akta 342.
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
  • Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
  • Arahan dan peraturan di bawah PBT.
  • Tertakluk kepada laporan Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dan penilaian risiko KKM.
  • Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan


Kawalan Pergerakan

  • Semua sekolah bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat seperti pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup bagi tempoh empat (4) minggu bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.

Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga (3) orang sahaja termasuk pemandu.

  • Pergerakan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan ke daerah yang paling hampir dengan kediamannya dibenarkan sekiranya perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan itu tiada di dalam daerah tersebut.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi berdasarkan 50% kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan).
  • Pergerakan bagi kes kematian, bencana alam dan lain-lain kecemasan dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan bantuan bencana atau kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
  • Kebenaran rentas negeri dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh dengan mendapatkan kebenaran PDRM.
  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat
  • Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
  • Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi atau perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM
  • Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah SELAIN di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.
  • Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan
  • antarabangsa sahaja dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa
  • Pelajar IPT yang berkeperluan dibenarkan pulang ke kampus dengan mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah dari IPT berkenaan.
  • Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar yang berkeperluan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan.
  • Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
  • Pelajar yang berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  • Pergerakan pulang pelajar yang berada di asrama atau Institusi Pendidikan adalah secara berperingkat mengikut ketetapan pihak KPM, KPT atau IPT. Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan ini adalah dibenarkan dengan surat kebenaran dari pihak KPM, KPT atau IPT.

AKTIVITI DIBENARKAN

Beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam
  • Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk
  • Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran 
  • Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian 
  • Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan
  • Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan
    salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP
    yang ditetapkan
  • Operasi kafe siber dan pusat siber 

Beroperasi dari 8 pagi hingga 10 malam - Kedai farmasi

Jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam - stesen minyak kecuali stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam.

Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Harian dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
  • Tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun,
  • Pusat jagaan harian atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU),
  • warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai 
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan
  • menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti
  • kenderaan.

Beroperasi 24 jam - Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi mengikut lesen lesen kebenaran beroperasi.

  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Pasar borong boleh beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Pusat beli-belah dan pasaraya dibenarkan beroperasi melibatkan outlet premis sahaja dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. 

Nota :
  1. Kerajaan Negeri boleh memperketatkan SOP ini bagi tujuan mengawal penularan COVID-19.
  2. Pemilik premis, aktiviti atau program yang disenaraikan dalam senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan pelanggan dan melaksanakan penutupan premis jika diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah selepas penilaian risiko dijalankan.



Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi Perkhidmatan Awam dan Swasta

  • Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
  • Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai dokumen, surat rasmi Kerajaan atau pas pekerja
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam terhad kepada 20% keseluruhan (tidak
  • termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80% secara Bekerja Dari Rumah (BDR) berdasarkan Pekeliling atau Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta termasuk operasi dan pengurusan hanya terhad kepada 60% sahaja pada satu-satu masa.

Protokol Kesihatan Umum

  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
  • Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk. 
  • Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas.
  • Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain).
  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.

Pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.
  • Bagi kompleks membeli belah, pasar raya atau departmental store, pelanggan hanya perlu  menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
  • Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.
  • Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” dalam MySejahtera dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing-masing.
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan dan pendidikan.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter radius dalam sesuatu masa.
  • Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran perlu digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
  • Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.
  • Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
  • Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis

Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
  • Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah.
  • Ruang kerja bersendirian.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor.
  • Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah.
  • Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain.
  • Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan).

Dibenarkan
  • Mesyuarat bersemuka secara dalaman agensi Kerajaan dan swasta TANPA MELIBATKAN WAKIL AGENSI LUAR adalah dibenarkan.
  • Ahli mesyuarat adalah dari premis, pejabat atau bangunan yang sama dan tidak
  • melibatkan rentas daerah atau negeri.
  • Mesyuarat digalakkan untuk dilaksanakan secara sidang
  • Sektor Perikanan, Perladangan, Pertanian dan Penternakan DIBENARKAN dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah dibenarkan beroperasi. 
  • Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan. 


Keagamaan dibenarkan dengan kehadiran jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

  • Solat berjemaah dan Solat Jumaat di masjid dan surau, Upacara pernikahan (akad nikah) Islam di Jabatan Agama dan masjid, Pengurusan pengebumian Islam 

Keagamaan Bagi Bukan Islam

  • Aktiviti Rumah Ibadat Bukan Islam, Pengurusan pengebumian bukan Islam dibenarkan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Pendaftaran perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.


Tidak Dibenarkan

  • Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
  • Aktiviti berkelah tidak dibenarkan
  • Operasi SPA, refleksologi, pusat urut, wellness dan perkhidmatan pedicure dan manicure.
  • Aktiviti fotografi di kawasan outdoor.
  • Aktiviti di kelab malam atau pub.
  • Aktiviti di panggung wayang.
  • Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta.
  • Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis meraikan
  • pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat,
  • tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis
  • sosial.
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.
  • Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme,
  • adventure, nature parks dan lain-lain.
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain. 
  • Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke
  • keluarga
  • Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri
  • yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.
  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi selain daripada yang disenaraikan.
  • Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi kecuali taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
  • Penganjuran kejohanan, pertandingan atau perlawanan persahabatan tanpa kebenaran khas KBS.
  • Kehadiran penonton atau penyokong ke stadium atau venue sukan dan rekreasi.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan pergerakan yang sedang berkuat kuasa kecuali mendapat kebenaran PDRM.
  • Aktiviti massa yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
  • Penyertaan pemain, peserta, pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan, pertandingan atau perlawanan di luar negara tanpa sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Persembahan di lounge hotel.
  • Aktiviti indoor atau outdoor busking.
  • Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
  • Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.Pembukaan booth / pameran di ruang legar tidak dibenarkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan