Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi

Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi | Pasti ramai dah menonton drama 'Ramadan Pertama Edi' lakonan Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi dan Elly Mazlein yang telah bermula  31 Mac lepas. Jika terlepas, boleh tonton secara On Demand atau tonton melalui aplikasi Astro Go



Judul : Ramadan Pertama Edi  | Bilangan Episod : 8

Tarikh Tayangan : 31 Mac 2021 | Waktu Siaran : Rabu, 9.30 malam

Siaran TV : Astro Ria 104 (HD) 124 (SD)

Pengarah : Yusry Abdul Halim, Ezrie Gazali

Terbitan : Astro Gempak

Pelakon : Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Haji Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Lisa Surihani, Raja Azura


Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi

Pasangan pengantin baru, Edi dan Nad akan menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami isteri. di rumah bapa mertuanya, Pak Sobri yang garang orangnya tapi banyak situasi berlaku dan rahsia yang terungkai sewaktu dia di sana. Dapatkah Edi memikat hati bapa mertuanya.

Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin. 

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam. 

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Catat Ulasan

0 Ulasan