Santai Hujung Minggu Dengan The Lost World: Jurassic Park, Koi Mil Gaya dan Pang Pokok Ketapang Menarik Di Awesome TV

The Lost World: Jurassic Park, Koi Mil Gaya dan Pang Pokok Ketapang Menarik Di Awesome TV | Hujung Minggu waktu berehat sambil menonton filem-filem menarik yang akan mengisi hujung minggu penonton Awesome TV di kaca televisyen iaitu The Lost World: Jurassic Park, Koi Mil Gaya dan Pang Pokok Ketapang.



Judul : The Lost World: Jurassic Park 

Siaran : 24 April 2021, 9.00 malam | Slot : Awesome TV

Barisan Pelakon : 

Sebuah filem pengembaraan dan sains fiksyen dan merupakan sekuel dari Jurassic Park arahan Steven Spielberg. Kali ini mengisahkan tentang sekumpulan pasukan penyelidik yang di hantar ke pulau Tapak B Taman Jurasik bagi mengkaji dinosaur di sana sementara satu lagi kumpulan bernama InGen pergi dengan agenda dan kepentingan mereka tersendiri.



Judul : Koi Mil Gaya

Siaran : 25 April 2021, jam 11.05 malam | Slot : Hindi Specials

Barisan Pelakon : Hrithik Roshan dan Preity Zinta

Kisah Rohit, seorang pemuda yang mempunyai masalah mental berkawan dengan makhluk asing yang diberi nama Jadoo. Ketika polis mengetahui tentang makhluk asing itu, mereka berusaha menangkapnya sementara Rohit berusaha sebaik mungkin untuk melindungi rakan barunya.



Telefilem Pang Pokok Ketapang 

Siaran : 25 April 2021, Ahad, 9.00 malam | Slot : Ohsem Tele. 

Barisan Pelakon : Amerul Affendi, Hafizul Kamal, Ezzaty Abdullah dan Dian P.Ramlee 

Mengisahkan Irfan atau dipanggil sebagai Pang merupakan pemuda berusia 21 tahun yang tinggal bersama ibu, serta 5 beradik di sebuah kawasan perumahan murah. Oleh kerana adik beradik ramai dan rumah sempit, Pang banyak habiskan masa di tempat kerjanya, sebuah kedai cuci kereta Pokok Ketapang, kerana kedai cuci keretanya banyak pokok ketapang. Kerana krisis air di Selangor, Pang dan kawan sekerjanya Ah Lee mencuri air di surau untuk digunakan mencuci kereta di tempat kerjanya.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan

Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang

Awesome TV di www.awesometv.my.

Catat Ulasan

0 Ulasan