Sinopsis Drama Cukup Derita Itu

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu  | Drama adaptasi novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah akan bersiaran di slot Samarinda TV3 pada bulan Ramadan nanti. Awalnya ada beberapa gandingan pelakon dinamakan tapi akhirnya Hisyam Hamid dan Ruhainies bagi memegang watak utama

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 

Pelakon : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia

Tajuk : Cukup Derita Itu | Jumlah Episod : 40  | Waktu Siaran :  Isnin-Khamis, 10:00 malam | Tarikh Tayangan : 6 Mei 2021

Pengarah : Along Kamaludin | Penulis Novel : Siti Rosmizah | Produksi : SR One Sdn Bhd


Barisan Pelakon / Watak 

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran

Ruhainies sebagai Ellani

Chacha Maembong sebagai Ellana 

Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah

Didie Alias sebagai Mak Yek 

Farhan Asri sebagai Amirul 

Dian P Ramlee sebagai Mak Long

Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah

Sera Melissa sebagai Ayu


Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. 


Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. 


Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. 


Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.


Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.


Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Catat Ulasan

0 Ulasan