Sinopsis Drama Semua Salahku Tayangan Slot Lestary TV3

Sinopsis Dan Tonton Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3 | Drama bersiri Semua Salahku kini ditayangkan semula di slot Lestary TV3 menggandingkan Fasha Sandha, Syed Aiman, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz, Intan Najuwa dan ramai lagi.


Drama terbitan A.Aida Production dibawah arahan Along Kamaludin ini pernah ditayangkan pada 11 Julai 2019 setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.


JUDUL : SEMUA SALAHKU

EPISOD : 13 episod

WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : Wan Mahani Hassan

PENGARAH : Along Kamaludin

PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd

PELAKON : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Idham Maulana


WATAK PELAKON 

Fasha Sandha sebagai Sofea

Nafiz Muaz sebagai Harris

Intan Najuwa sebagai Mira

Neera Azizi sebagai Shila

Dayang Areeda sebagai Yanti

Fauziah Nawi sebagai Fatimah

Adiba Yunus sebagai Murni

Fadlan Hazim sebagai Iqbal

Syed Aiman sebagai Rosli

Nafiez Zaidi sebagai Imran

Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan

Zee Zainal sebagai Amri

Idham Maulana sebagai Naim


LAGU TEMA / OST

Perasaanku - Fieya Julia

Cinta Terhebat - Beta

Pujaan Hati - Adira Suhaimi


Sinopsis Drama Semua Salahku

Mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Bagi menambah pendapatan, Fatimah, ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea. Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.

Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya. Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira gadis yang diminatinya.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya? 

Catat Ulasan

0 Ulasan