McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal

McDonald's Malaysia memperkenalkan menu baharu yang menarik dengan pelancaran Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal. Burger baharu didatangkan dengan Twister Fries, pencuci mulut baharu yang menarik turut diperkenalkan

McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas  dengan Hirisan Epal

Paduan rasa manis dan pedas mencetuskan rasa unik yang enak pada burger edisi terhad ini, dengan hirisan epal manis, ditambah dengan sos mayo lada hitam, dan kepingan ayam pedas rangup, diapit dengan ban hangat yang lembut.


"Pengenalan burger edisi terhad ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's untuk menawarkan menu yang menyeronokkan kepada pelanggan kami. Kami tahu rakyat Malaysia sangat menyukai makanan pedas, tetapi dengan burger baharu ini, kami memperkenalkan paduan unik rasa manis dan pedas yang lain daripada produk yang kami lancarkan sebelum ini," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.

McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas  dengan Hirisan Epal


Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut baharu, Pai Kastad Oren atau McFlurry Biskut Coklat & Pretzel untuk melengkapkan hidangan mereka.

Sempena dengan pelancaran menu baharu ini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah “Huat” sehingga RM18,888 dengan mengambil bahagian dalam Peraduan #EatAnApple, Win a Huawei! 


Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu:

1. Berbelanja minimum RM48 dalam satu resit untuk McDelivery.

2. Memesan sekurang-kurangnya satu (1) Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal atau Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal  

3. Pesanan terbanyak setiap minggu berpeluang memenangi hadiah mingguan yang menarik. Peraduan ini berlangsung mulai 4 Februari hingga 3 Mac 2021.


Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s dan didatangkan dalam set bersama Twister Fries dan Coke dengan harga RM16.88. Pelanggan juga boleh memilih set Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal dengan harga RM22.88. Burger edisi terhad ini boleh didapati melalui McDelivery, Pandu-Lalu atau Bawa Pulang.


Latarbelakang McDonald’s 

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 38 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 

Catat Ulasan

0 Ulasan