Dato Jamali Shadat Meninggal Dunia Bersama Watak Atan

Dato Jamali Shadat Meninggal Dunia Bersama Watak Atan | Innalillillahiwainaillahirojiun. Min membesar dengan karakter Atan yang sering dibawanya yang cukup menghiburkan. Pak Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang menghembuskan nafas terakhirnya jam 0830 pagi tadi pada usia 78-79 tahun (mengikut wikipedia).



Pelakon, Pelawak, Pengacara Kemahiran : Berlakon, Komedi, Mengacara

Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Beliau sering beraksi dengan keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit hati penonton walaupun selepas lebih 46 tahun pelawak terkenal Datuk Jamali Shadat menggayakan serta melontarkan suara kanak-kanak itu.

Sepanjang 46 tahun penglibatannya dalam komedi lawak, Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.


TahunTajukWatakCatatan
1983Aku Yang Berhormat
1986Hantu SiangTuan Kadi
2003Mr. Cinderella 2Pak Samad
2009Senario The Movie Episode 2: Beach BoysEn. Mansor
2010Semerah Cinta StilletoPak Wan
2012Sun Sun ThathaMr. Sun SunFilem Tamil

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2007Raja Lawak AstroMentor Musim PertamaAstro
2016Upin & IpinAtan (suara)TV9Tampil dalam 3 episod

Penampilan televisyennya yang lain termasuklah Atan Oh Atan Oi (2000) dan Jamali Shadat Show (2001).


Penghargaan

AnugerahTahunKategoriKeputusan
Anugerah Lawak Warna 20142014Anugerah Khas Juri - Artis VeteranMenang


sumber Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan