Drama Hadiah Dari Tuhan Di Slot Lestary TV3

Drama Hadiah Dari Tuhan Di Slot Lestary TV3 | Drama 'Hadiah Dari Tuhan' yang kini telah bersiaran sejak 24 Disember di slot Lestary TV3 menceritakan realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19 dengan  13 episod diarahkan oleh Fairuz Loy. 

Drama Hadiah Dari Tuhan Di Slot Lestary TV3


Judul Drama : Hadiah Dari Tuhan | 13 Episod

Waktu Siaran :  Rabu-Sabtu, 9:00 malam  di  Slot Lestary TV3

Pengarah : Fairuz Loy | Penulis Skrip : PGRs Team, Janjira | Produksi : Country & Universal Sdn Bhd


Pelakon : 

Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Izreen Azminda, Fezrul Khan, Zazly Baginda, Dynas Mokhtar, Zaefrul Nordin, Fathil Dani, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Zazly Baginda, Ummar Dzariff, Aryana Amani


Watak :

Syafi Tee sebagai Qul | Riena Diana sebagai Ika | Sophia AlBarakbah sebagai Bella | Puteri Rafasya sebagai Fatin | Amy Mastura sebagai Jannah | Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi | Dynas Mokhtar sebagai Khatty | Ummar Dzariff sebagai Adli | Aryana Amani sebagai Pika


Lagu Tema  (OST)

Barisan Hadapan - Azlan & The Typewriter 

Muhasabah - Alfie Zumi 


Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan 

Kisah pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19.

Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa. 

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan