Ungku Aziz Meninggal Dunia Di Usia 98 Tahun

 إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎, ʾinnā li-llāhi wa-ʾinna ʾilayhi rājiʿūn


Lahir : 28 Januari 1922, London, United Kingdom

Meninggal : 5 Disember 2020

Isteri: Azah Aziz (1945–2012)

Anak: Zeti Akhtar Aziz

Cucu: Alif Ayman, Aziz Ayman

Buku: Strategies for Structural Adjustment: The Experience of Southeast Asia, Papers Presented at a Seminar Held in Kuala Lumpur, Malaysia, June 28-July 1, 1989, LAGI


Ungku Aziz Meninggal Dunia Di Usia 98 Tahun

Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court semalam.

Jurucakap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berkata, perkara itu disahkan isterinya yang juga bekas Naib Yang Dipertua ANGKASA, Rahaiah Baheran.

Allahyarham yang berusia 98 tahun meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi.

Jenazah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara malam tadi.


Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid dilahirkan di London, United Kingdom (UK), pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh yang paling disegani terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Allahyarham mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951, di Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.

Ungku Aziz pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu.

Pada 1968 Allahyarham dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988. Beliau adalah Naib Canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.

Allahyarham yang juga bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Ungku Aziz adalah menjadi tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji (TH), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara, pada 21 Julai 2002 serta Tokoh Maal Hijrah, pada 1997.

Allahyarham juga dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu pada 25 Jun 2005 dan menerima Anugerah Akademik Negara pada 2006.

Selain itu, Allahyarham juga antara tokoh ekonomi yang terbabit dalam merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).


sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/765391/ungku-aziz-meninggal-dunia

Catat Ulasan

0 Ulasan