Tonton Drama Bidadari Salju Gandingan Adam Lee Dan Sweet Qismina

Drama Bidadari Salju Gandingan Adam Lee Dan Sweet Qismina | Drama 28 episod adaptasi novel 'Bidadari Salju' karya Mia Kiff  telah mula bersiaran sejak 15 Disember setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot Akasia TV3.

Tonton Drama Bidadari Salju Gandingan Adam Lee Dan Sweet Qismina


Pengarah : Muhamad Riza Baharudin | Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra | Produksi : Primeworks Studis & A.Aida Production

PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 


Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Hariz | Sweet Qismina sebagai Kayra | Jasmine Suraya sebagai Jeanny | Chacha Maembong sebagai Dania | Fimie Don sebagai Naufal | Jaja Iliyes sebagai Anita  | Zaki Azeman sebagai Aiman | Syazuwan Hassan sebagai Raqib | Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi | Siti Khadijah Halim sebagai Marissa | Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman | Lisdawati sebagai Puan Fauziah | Rosnah Johari sebagai Mariam | Lan Zailan sebagai Ilias 


Lagu Tema / OST 


Mimpi - Haqiem Rusli  | Pewangi - Zali Rusli  | Suratan Luka - Muna Shahirah 

 

Sinopsis Bidadari Salju

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.


Tonton Drama Bidadari Salju Gandingan Adam Lee Dan Sweet Qismina boleh ditonton menerusi channel telegram pada link di bawah. 

Drama Bidadari Salju Ep 1 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/114

Drama Bidadari Salju Ep 2 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/115

Drama Bidadari Salju Ep 3 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/116

Drama Bidadari Salju Ep 4 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/102

Drama Bidadari Salju Ep 5 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/103

Drama Bidadari Salju Ep 6 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/104

Drama Bidadari Salju Ep 7 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/105

Drama Bidadari Salju Ep 8 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/106

Drama Bidadari Salju Ep 9 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/107

Drama Bidadari Salju Ep 10➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/108

Drama Bidadari Salju Ep 11 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/109

Drama Bidadari Salju Ep 12 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/110

Drama Bidadari Salju Ep 13 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/111

Drama Bidadari Salju Ep 14 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/112

Drama Bidadari Salju Ep 15 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/113

Drama Bidadari Salju Ep 16 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/119 

Drama Bidadari Salju Ep 17 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/122

Drama Bidadari Salju Ep 18 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/127 

Drama Bidadari Salju Ep 19 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/167 

Drama Bidadari Salju Ep 20 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/173

Drama Bidadari Salju Ep 21 ➤ https://t.me/DramatelemovieChannel/179

Drama Bidadari Salju Ep 22 ➤

Drama Bidadari Salju Ep 23 ➤

Drama Bidadari Salju Ep 24 ➤

Drama Bidadari Salju Ep 25 ➤

Drama Bidadari Salju Ep 26 ➤

Drama Bidadari Salju Ep 27 ➤

Drama Bidadari Salju Ep 28 ➤


Live Drama Bidadari Salju boleh ditonton mulai jam 7 malam ➤ https://www.xtra.com.my/live-tv/


Tonton Drama Bidadari Salju Gandingan Adam Lee Dan Sweet Qismina


Sinopsis Novel Bidadari Salju

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. 

Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. 

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. 

“Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? 

Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”. Kayra hanya mampu menangis. 

Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. 

Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan? “Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. 

Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik. 

“Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.

Kau adalah manusia yang paling aku benci!!! Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. 

Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.  

Catat Ulasan

0 Ulasan