Drama Gerak Khas The Finale Kini Bersiaran Di TV3

Drama Gerak Khas The Finale Kini Bersiaran Di TV3

Gerak Khas The Finale ini akan menemui penonton pada jam 10.30 malam setiap hari Jumaat dan Sabtu di TV3 bermula 4 Disember 2020 dan bukan lagi di RTM


Gerak Khas yang dahulunya di disiarkan RTM, kini dikenali sebagai Gerak Khas The Finale, akan menutup tirai selama-lamanya selepas episod ke-28 nanti.

Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran, drama Gerak Khas The Finale bakal memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya. 

Di awal kemunculan Gerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripada Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul dan Datuk Yusof Haslam sendiri. 

Gerak Khas The Finale ini pula akan menampilkan Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mustaq, Salina Saibi dan Sheera Iskandar sebagai pelakon utama.

Siri penuh aksi sebanyak 26 episod ini diarahkan oleh C.Kumaresan, Faizal Yusof, Aziz M. Osman, Majed Saleh dan Iskandar Kamaludin. 

Jangan lupa untuk menyaksikan Gerak Khas The Finale pada malam ini di TV3!

Catat Ulasan

0 Ulasan