Tonton TV3 : Rentak Dua Hati

Tonton TV3 : Rentak Dua Hati, telefilem arahan sulung Siti Saleha



Telefilem arahan sulung pelakon terkenal Siti Saleha untuk projek istimewa Dari Layar Ke Lensa, sempena sambutan ulang tahun ke-41 stesen popular TV3. Rentak Dua Hati akan disiarkan pada Sabtu, 5 Julai jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.


Rentak Dua Hati

Waktu Siaran: Sabtu, 5 Julai 2025, 10:00 malam

Rangkaian: TV3 / Tonton

Idea Asal: Siti Saleha

Skrip: Fairul Nizam Ablah & Anomalous Writers

Pengarah: Siti Saleha

Produksi: Ano Films

Pelakon: Zhen Ning, Auni Yusri, Khatijah Tan, Hilmi Zerain, Eff Hakim, Taqim Zaki, Douglas Wong


Sinopsis Rentak Dua Hati

Menyusuri kisah seorang wanita berhijab yang menjalani kehidupan berganda dan bergelut dengan dilema peribadi serta tekanan masyarakat.


Adila (Auni Yusri), seorang peguam sivil muda yang secara rahsia menjadi DJ pada waktu malam. Perkenalannya dengan Fabian (Zhen Ning), seorang lelaki Cina, menambah warna dalam hidupnya, namun konflik bermula apabila identitinya terbongkar dan hubungan mereka tidak direstui keluarga Fabian. 


Berdepan tekanan sosial dan kecaman netizen, Adila perlu membuat pilihan sukar antara cinta, minat dan prinsip hidupnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan