Akasia TV3 : Drama Selamat Pengantin Haru

 Akasia TV3 : Drama Selamat Pengantin Haru


Akan datang drama bersiri Selamat Pengantin Haru! bakal mengisi slot Akasia bermula 9 Julai 2025. Drama arahan Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Menampilkan gandingan suami isteri Janna Nick dan Dini Schatzmann. Saksikan Selamat Pengantin Haru pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.


Selamat Pengantin Haru

Episod: 13

Tarikh Tayangan: 9 Julai 2025

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton

Pengarah: Kyoll Hamzah

Produksi: Zeel Production Sdn Bhd


Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Amelie

Dini Schatzmann sebagai Bazlee

Malia Baby Sebagai Syafiqa

Dato’ Tamimi Siregar Sebagai Tok Mokh

Serina Redzuawan Sebagai Salmah

Firr Hassan sebagai Benni

Natasha Azizan Sebagai Anis

Nazril Alid Sebagai Imran

Aiman Badrul Sebagai Afiz


Sinopsis Selamat Pengantin Haru!

Mengisahkan tentang Amelie (Janna Nick), seorang wanita moden dan berdikari yang berkahwin dengan Bazlee (Dini Schatzmann), lelaki kampung yang sangat rapat dengan keluarganya. Namun, impian untuk menjalani kehidupan bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak semudah disangka. Amelie terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baru yang jauh berbeza daripada latar kehidupannya. Tambahan pula, kehadiran adik-beradik Bazlee yang terlalu bergantung kepadanya serta kemunculan Syafiqa, sepupu jauh yang masih menyimpan perasaan terhadap Bazlee, terus menguji keteguhan rumah tangga mereka.


Di sebalik kekecohan yang melanda, Amelie dan Bazlee berusaha mempertahankan hubungan mereka, mencari titik tengah antara cinta dan tanggungjawab keluarga. Namun, apabila konflik semakin memuncak dan fitnah mula menular, Amelie berdepan dilema yang boleh mengubah seluruh kehidupannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan