Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) 2.0, Bakal Jadi Festival Terbesar Selatan Semenanjung

Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) yang mengemparkan Selatan Semenanjung tahun lepas kini kembali dengan barisan artis bar yang telah menoreh sejarah dan menakluk belantika muzik Nusantara.


Festival AMK yang memasuki tahun kedua penganjuran kini bernama AMK 2.0 menjanjikan satu festival muzik yang tidak akan dapat dilupakan di mata pemegang-pemegang tiket.


CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan semblan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tapa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor.




Barisan pesohor muzik tersebut termasuklah kumpulan Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.





Selain itu, Afgan akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk 'mencairkan' pengunjung-pengunjung dengan lagu hit-nya seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.




Turut mewakili keghairahan muzik Indonesia, AMK 2.0 akan menampilkan Kumpulan Nidji yang tidak pernah mengecewakan dalam persembahan-persembahan penuh tenaga mereka.




Dan mewakili kebanggaan seluruh Bangsa Johor, kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.




"Seramai 12,000 orang hadir di Aku. Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas. Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Neger Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak.




"Festival muzik kali in akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia. Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citarasa pengunjung kami nanti.




"Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket," ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.




Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.




Untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti 'menunaikan kewaiipan' kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.




"Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0," ujar Ajai, mewakili Exists.




Selain daripada persembahan yang hangat, festival in juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space untuk memuaskan pelbagai citarasa pengunjung, menawarkan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasana festival ini.




Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING), RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my




Jadi, jangan sampai terlepas peluang bersama-sama mencatat sejarah baharu dan menikmati keghairahan dalam Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Jun 2024 ini!




INFORMASI


ACARA : Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 (AMK 2.0)


PENGANJUR : CoAction Events Sdn Bhd


TARIKH : 8 Jun 2024


LOKASI : Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor


BARISAN ARTIST : ELLA, EXISTS, MASDO, AFGAN, NIDJI, IAMNEETA, FEEL KOPLO, IMRAN AJMAIN, SAIXSE




HARGA TIKET


RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING)


RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING)


RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING)


RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS)




CARA PEMBELIAN : www.ticket2u.com.my


WEBSITE : www.coactionevents.com/amk




About Co:action Events Sdn Bhd (a JCORP company)


Co-Action Events consists of a bunch of magicians who conjure out memorable events and compelling content. Whether it's a corporate meeting, an impactful conference, a thought-provoking forum, a glamorous gala dinner, a heartwarming fundraiser, an awards ceremony to remember or a grand anniversary dinner that wows, we have a spell for every need!


In a nutshell, we are the wizards of M.I.C.E. - Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions. So, if you're looking to elevate your event game, give us a shout. Let's conjure up some spells together! Have a look at what we do at www.coactionevents.com and for enquiries, email us at enquiries@coactionevents.com AND don't forget to follow us on Facebook, Tiktok and Instagram @coactionmagic


Catat Ulasan

0 Ulasan