10 Resipi Ayam Bakar Airfryer Mudah Dan Cepat

Salam Ramadan buat semua umat Islam dan bukan Islam yang turut mengambil kesempatan merasai indahnya berpuasa di bulan Ramadan. Tahniah kerana anda mampu untuk merasai sepertimana umat Islam lain melalui berpuasa selama sebulan.



Kita disarankan tidak membazir bukan hanya di bulan Ramdan tapi dalam bulan-bulan yang lain juga jadi bagi anda yang punya ramai anak, sebaiknya memasak lebih bagus. Jadi min kongsikan resepi ayam bakar menggunakan airfryer yang akan membuatkan masakan lebih cepat. Kalau tiada airfryer, guna oven pun boleh.

Selamat mencuba


Kredit : Resepi Sahur 30 Hari
https://www.facebook.com/photo/?fbid=142951598676449&set=pcb.142953065342969

1. AYAM ALA PIZZA HUT




Resepi ayam ala pizza hut


Bahan-bahan :

Sayap 10 ketul potong 2
Serbuk cili 3 sudu
Madu 3 sudu
Sos tiram 3 sudu
Kicap manis 3 sudu
Gula 2 sudu
Limau kasturi kecil 1 biji
Garam & aji (secukup rasa)
Serbuk cili (kalau suka pedas)
Gula sedikit (kalau suka manis)

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan dan perap beberapa jam.
2. Boleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.
3. Bakar dalam air fryer pada suhu 170-180°C selama 10-15 minit. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.

Kredit : Mihah Rosle



2. AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS


Resipi ayam bakar ala kenny rogers

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil lada hitam (taknak letak pun takpe)*
Sedikit halia (kira hujung jari je)*
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
2 sudu madu ( nak letak extra pun boleh)
Sedikit garam
1 sudu minyak masak

Cara-cara :

1. Tumbuk lumat bahan bertanda (*). Campurkan bersama bahan lain dan gaul pada ayam. Perap selama 2 jam.
2. Kemudian bakar dalam air fryer pada suhu 180°C selama 20 minit. Lapik aluminium foil untuk dapakat kuahnya.
4. 10 minit terakhir, terbalikkan ayam dan turunkan suhu kepada 160°C. Siram kuah atas ayam. Selamat mencuba!


3. AYAM GRILL JUICY


Resepi ayam grill juicy

Bahan-bahan
Ayam / daging (ikut citarasa)
Sos lada hitam kimball (Dalam pack senang dan jimat)
Serbuk rosemary herbs
Serbuk tyhme herbs
Serbuk lada hitam
Garam
Gula (kena lebih)
Campur air panas / air suam sedikit

Cara-cara
1. Ambil sos lada hitam letak dalam pekat. Kalau pekat tambah air panas. Kemudian kacau sebati.
2. Masukkan perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu).
3. Kemudian kacau sampai dah sebati semua, baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.
4. Bakar dalam oven atau air fryer. Suhu guna air fryer, 200°C selama 17 minit. Bila dah siap, boleh makan dengan apa-apa sahaja. Selamat mencuba!


4, AYAM MASAK KICAP BUTTER


Resepi ayam masak kicap butter

Bahan-bahan
4 ketul ayam
Bawang merah – potong 4
Bawang holland – potong kasar
4 ulas bawang putih – ketuk
Halia – hiris kasar
Cili padi – ikut tahap kepedasan
Cili merah besar – hiris kasar
Kicap pedas Mahrusi 2tbs
Kicap soya cair 1tbs
15-20g unsalted butter
Carrot
Air

Cara-cara
1. Gaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.
3. Bakar pada suhu 200°C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut jenis air fryer masing-masing).
4. Selamat mencuba!

Kredit : Sha Rini


5. AYAM MADU


Resepi ayam madu


Bahan-bahan

Bawang putih (tumbuk)

Halia (tumbuk)

Serbuk cili

Sos tiram

Kicap manis

Madu

Gula perang

Black Pepper/White Pepper (Ajisho)


Cara-cara

1. Gaul sebati semua bahan dan perap sekejap. Renjis sedikit minyak.

2. Bakar dalam air dengan suhu 180°C selama 20 minit. Terbalikkan pada minit ke 10. Selamat mencuba!


6. AYAM PANDAN


Resepi ayam pandan

Bahan-bahan
500gm dada ayam (potong ketul) – boleh dapat dalam 25 ketul
2 bungkus perencah bihun goreng adabi
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Toothpick/satay stick

Cara-cara
1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dengan minyak.
2. Potong daun pandan dan gulung ayam dengan daun pandan tadi. Cucuk dengan toothpick.
3. Susun dalam air fryer dan masak menggunakan air fryer selama 20 minit pada suhu 180°C.
4. Selepas 10 minit, balikkan ayam supaya masak sekata. Sambung masak lagi selama 10 minit. Siap untuk dihidang.

7. AYAM PANGGANG BERSAMA SAYUR


Resepi ayam panggang bersama sayur



Bahan-bahan

Sos tiram

Sos cili

Sos chicken stock

Sos blackpepper

Blackpepper kasar

Gula perang

Secubit garam

Satu sudu besar minyak



Cara-cara

1. Satukan semua bahan dan perap bersama ayam.

2. Bakar pada suhu 200°C selama 25 minit.

3. Lagi 10 minit nak masak, masukkan semua sayur dan sambung masak.

4. Selamat mencuba!



Kredit : Rossa Fiza

8. AYAM TIRAM KHAIRUL AMING


Resepi ayam tiram thai Khairul Aming

Bahan-bahan perapan
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Garam/secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Perap semua bahan seketika. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos
5 ulas bawabg putih
4 biji cili padi merah
3 batang akar ketumbar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar gula
1 biji perahan limau nipis/lemon
Daun ketumbar dipotong halus

Cara-cara
1. Tumbuk lumat bawang putih, cili padu merah dan akar ketumbar.
2. Gaul sebati bersama bahan-bahan lain. Curah atas ayam yang sudah dimasak. Selamat mencuba!


9. AYAM MADU MERAH BBQ

Resepi ayam madu merah BBQ



Bahan-bahan

400g ayam tanpa tulang

1 sudu besar Madu

1 sudu besar Sos Tiram

1 sudu besar Sos Kicap pekat

1 sudu besar Sos Kicap

2 sudu besar Gula

1/2 sudu kecil bawang putih

1 sudu kecil halia

1 sudu kecil lada putih.

1/2 sudu kecil Serbuk Lima Rempah Cina

3 sudu besar sos merah

Garam secukup rasa



Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan perap bersama ayam.

2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata.

3. Pada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.

4. Masak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api.

5. Sapu sos pada permukaan ayam. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.



Kredit : Nj Nong




10. AYAM MAYONIS


Resepi ayam mayonis


Bahan-bahan

Ayam

Kicap manis

Sos cili

Sos tiram

Mayonis (botol warna merah)

Kewpie Dressing roasted sesame


Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul bersama dengan ayam. Sukatan agak-agak mengikut kuantiti ayam.

2. Gaul sebati dan perap sekejap.

3. Bakar dalam air fryer pada suhu 200°C selama 30 minit. Siap!


Kredit : Resepi Sahur 30 Hari
https://www.facebook.com/photo/?fbid=142951598676449&set=pcb.142953065342969

Catat Ulasan

0 Ulasan