Manfaat Kopi Dan Kesan Sampingan Kepada Badan

Manfaat Kopi Dan Kesan Sampingan Kepada Badan | Sudah jadi kelaziman kita memulakan hari dari sarapan dengan secawan kopi atau mungkin teh bersama makanan yang lain kerana minuman ini dapat menghilangkan rasa mengantuk, minda jadi segar untuk menumpu pada pekerjaan. Malah ada yang hanya mengambil secawan kopi tanpa apa-apa makanan lain.


Namun ada sesetengah kita lebih menggemari kopi yang dirasakan lebih menyerlahkan akan gayahidup  aktif dan berkelas tinggi apabila gemar mengunjungi cafe-cafe yang tumbuh bak cendawan dengan pelbagai pilihan kopi yang menarik. 



Sudah menjadi trend, harga kopi yang dihidang bukan harga biasa-biasa dengan pilihan kategori kopi yang memikat penggemar yang seakan ketagihan dengan kopi


Apabila anda mengambil kopi pada kadar yang berlebihan, bermakna anda mengambil kafein juga secara berlebihan. Kafein bukan hanya terdapat dalam kopi tapi juga dalam teh dan buah koko. 


Tahukah anda, jika anda minum secara berlebihan minuman ang mengandungi kafein secara berlebihan boleh memberi kesan sampingan kepada badan antaranya


1. Insomnia atau Gangguan Tidur

Tahukah anda, kafein didalam kopi kekal selama 14 jam di dalam badan, jadi sekiranya anda mengambil kopi secara berlebihan akan menyebabkan anda sukar tidur atau mengalami insomnia. Anda mengalami kesukaran untuk tidur dengan secukupnya hingga menyebabkan ketidakstabilan keesokkan harinya.



2. Masalah pencernaan 

Tahukah anda, kafein mengandungi zat yang dapat meningkatkan asid di dalam perut anda. Ia akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan yang membuatkan anda rasa tidak selesa dan sakit perut selain berkemungkinan boleh menyebabkan cirit birit. 


Sekiranya anda ada masalah gastrik, elakkan daripada meminum kopi ketika sedang mengalami masalah berkenaan.


3. Menyebabkan sakit kepala 

Tahukah anda badan kita mudah terhidrasi dan memerlukan air apabila bangun daripada tidur, hingga boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala ketika bangun tidur. Elakkan ketidakselesaan atau sakit kepala dengan mengamalkan minum air kosong dengan lebih bagi mengelakkan badan terhidrasi air.


4. Tekanan Darah Meningkat

Tahukah anda, kafein akan menyerap ke dalam badan dan masuk ke dalam pembuluh darah  hingga menyebabkan jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Keadan ini akan menyebabkan darah di pam dengan lebih cepat ke seluruh badan dan boleh menyebabkan individu berkenaan berhadapan masalah hipertensi. Ini amat memberi risiko tinggi kepada penghidap darah tinggi untuk mendapat strok.


Jadi, sebaiknya anda lebih menjaga kesihatan dan tidak berlebihan dalam pengambilan kafein di dalam minuman supaya anda kekal sihat.

Catat Ulasan

0 Ulasan